GPMS sepatutnya ketengah masalah PRU13
- Published on Wednesday, 15 May 2013 14:06
- Written by Harakahdaily
KUALA LUMPUR:
Gesaan lucut kewarganegaraan terhadap rakyat Malaysia yang membantah
keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) adalah tindakan reaktif
berasaskan emosi. Pengarah
Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia juga
tidak mengendahkan masalah-masalah yang mencacatkan proses pengundian
pada hari itu.
Dr Dzulkefly berkata Gabungan Pelajar
Melayu Semenanjung (GPMS), selaku gabungan terpelajar yang besar,
sewajarnya lebih proaktif untuk mengangkat isu tersebut untuk
diselesaikan.
Sebuah akhbar melaporkan Setiausaha
Agung GPMS, Zambri Mohd Isa mahu kewarganegaraan 21 rakyat Malaysia yang
menunjuk perasaan terhadap dakwaan penipuan PRU13 di Singapura, Rabu
lalu dilucutkan.
Zambri berkata perbuatan mereka itu menjatuhkan imej negara.
"GPMS macam tidak memahami perkara latar
seperti tidak mahu dan enggan menerima akan hakikat bahawa pilihanraya
itu yang sarat dengan perkara yang dipertikaikan," kata Dzulkefly
dipetik Selangorku.
Beliau menambah rakyat yang membantah
keputusan PRU13 lalu itu terbit dari keprihatinan yang serius akan
sistem demokrasi Malaysia.
"Penggesaan untuk melucutkan warganegara ini adalah diambil dengan cara sangat emosi.
"Bantahan seperti ini adalah masih lagi
sifatnya demokratik, tambahan bukti-bukti itu makin nyata dan semakin
meluas," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
0 orang berkata:
Post a Comment