Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kerajaan Kedah tidak akan benarkan stadium digunakan untuk perhimpunan pembangkang

May 18, 2013
ALOR SETAR, 18 Mei — Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.
Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.
“ Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.
“ Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini hari ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah yang baharu, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar ‘demokrasi’.
Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.
“Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat.
“Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz yang merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyambut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) mengekalkan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk terus menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
“Satu keputusan yang amat tepat. Kerja-kerja di MITI perlukan kesinambungan berterusan. Kalau ketuanya sama banyak dasar yang beliau rangka sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.
Pada majlis itu, Mukhriz memperkenalkan barisan exco kerajaan negeri kepada hadirin. Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah serta pimpinan BN dan Umno negeri. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.