Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Lapan individu didakwa esok berhubung pelbagai kesalahan pilihan raya
7 Mei 2013
PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara akan mendakwa lapan indvidu di Mahkamah Majistret esok atas pelbagai kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13.
Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata mereka akan didakwa mengikut Kanun Keseksaan atas kesalahan seperti menyebabkan kecederaan, melakukan khianat dan bergaduh di tempat awam serta cuba melanggar seorang lelaki berumur 68 tahun dengan motosikal.

Beliau berkata seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret Tuaran, Sabah; tiga di Mahkamah Majistret Kota Baharu, Kelantan; seorang di Mahkamah Majistret Taiping, Perak dan tiga di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis.

Jabatan Peguam Negara menerima 3,600 laporan polis berhubung pelbagai kesalahan pilihan raya, katanya pada sidang media di lobi jabatan itu di sini.

Tun Abdul Majid berkata dari 2 petang semalam hingga 2 petang hari ini, sejumlah 234 kes diarahkan siasatan lanjut kerana suspek tidak dikenal pasti dan tiada saksi manakala 23 kes tiada tindakan lanjut.

Beliau juga berkata setakat ini, Jabatan Peguam Negara tidak menerima laporan berhubung gangguan elektrik yang didakwa berlaku semasa proses pengiraan undi pada Ahad lepas. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.