Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Lima perkara yang Kit Siang mahu...
Wartawan Sinar Harian
14 Mei 2013
Kit Siang
Kit Siang bersama pimpinan DAP dan PR kawasan Batu Pahat.
 
BATU PAHAT - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuntut lima perkara sekaligus menjawab soalan yang dilontarkan sebuah akhbar mengenai tajuk artikel, ‘Apa lagi Kit Siang mahu?’, baru-baru ini.

Petikan akhbar itu menyifatkan Kit Siang tidak boleh duduk diam walaupun telah memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU13 lalu.

Orang kuat DAP itu menggariskan lima perkara yang perlu dilunaskan kerajaan dan bertegas akan terus ‘bising’ selagi ia tidak direalisasikan.

Perkara pertama yang dituntut ialah pilihan raya yang adil dan tidak memihak kepada sebelah pihak untuk menang.

Menurutnya, pelbagai cara dan taktik kotor dilakukan pihak tertentu seperti melibatkan politik wang, menyebarkan cerita bohong atau fitnah dan menakut-nakutkan pengundi.

“Perkara kedua yang saya tuntut ialah Malaysia perlu menjadi sebuah negara yang benar-benar mengamalkan sistem demokrasi. Setiap pengundi atau rakyat berhak menukar parti pilihan mereka.

“Mereka juga berhak untuk menukar kerajaan pilihan mereka, selain setiap pilihan raya yang dilaksanakan tidak kiralah ia pilihan raya umum atau kecil perlu dilakukan secara aman,” katanya pada sidang media di Pejabat DAP Dun Penggaram, semalam.

Beliau berkata, perkara ketiga yang dituntutnya ialah keluhuran perlembagaan yang ada perlulah dihormati bukannya pihak tertentu sahaja yang dikenakan tindakan undang-undang.

Jelasnya, jika diperhatikan sesetengah golongan kenamaan terlepas daripada hukuman setelah melakukan kesalahan tertentu, berbanding dengan pemimpin pihak pembangkang.

Kit Siang berkata, perkara  keempat yang dituntut ialah pendidikan  negara ini perlulah setaraf dengan  negara luar, yang mengamalkan  sistem pendidikan bertaraf antarabangsa, bukannya hanya dipandang di dalam negara sahaja.

“Ini kerana, ada sesetengah negara luar tidak mengiktiraf sistem pendidikan negara, terutamanya pendidikan tinggi, yang hanya sesetengah negara sahaja yang mengiktirafnya.

“Seterusnya, perkara terakhir yang saya tuntut ialah, negara ini perlulah sentiasa berada dalam keadaan aman, dan wujudnya budaya sihat persaingan termasuklah dalam politik,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.