Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MCA DAN GERAKAN SUDAH TIDAK RELAVAN

Komponen BN perlu muhasabah
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
10 Mei 2013
PRU13
SHAH ALAM - Prestasi merudum komponen Barisan Nasioanal (BN) pada pilihan raya lalu harus dijadikan iktibar dan muhasabah oleh kepimpinan parti itu.

Penganalisis politik Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, MCA dan Gerakan misalnya perlu bekerja keras jika mahu kekal mendapat mandat rakyat.

"MCA misalnya, ia masih lagi mewakili sebahagian daripada masyarakat Cina. Masih lagi ada suara.

"Cuma MCA ini kena lihat baliklah kenapa sokongan pengundi Cina itu bertukar arah," ujar beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kegagalan parti komponen BN dalam menyayingi lawan di kerusi-kerusi yang ditandingi begitu terserlah.

MCA terpaksa akur dengan hanya memenangi enam kerusi Parlimen berbanding 15 pada 2008.

Gerakan yang dahulunya mempunyai dua kerusi, kini menang satu kerusi pada Ahad lalu.

Sementara calon Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandingi.

Ramai menyifatkan ia prestasi terburuk parti komponen BN.

Mengulas lanjut, Nik Ahmad berkata, parti-parti komponen yang gagal menambat hati setiap segmen masyarakat yang mereka wakili perlu menyusun strategi untuk meraih kembali sokongan pengundi masing-masing.

Sementara itu menurut seorang lagi penganalisis, Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat, Umno sebagai parti dominan dalam BN, perlu sama-sama mengembleng usaha dalam memantapkan perikatan itu.

"Walaupun MCA dan Gerakan kalah teruk, sebagai sebuah parti perikatan, BN tidak boleh lari daripada imej penyatu masyarakat di negara ini.

"Tidak dapat dinafikan, MCA dan Gerakan ini turut menyumbang menjadikan jumlah kerusi dimenangi 133 kerusi," ujar beliau.

Menyifatkan ia sebagai suatu pengajaran kepada parti komponen BN itu, Shamsul mencadangkan parti-parti komponennya mengambil masa untuk bertenang terlebih dahulu sebelum bangkit semula untuk membina keyakinan rakyat kepada mereka.

"Dalam sejarah BN sendiri, ketiga-tiga komponen besar ini ia saling membantu dalam waktu-waktu jika Umno lemah, mereka akan menjadi penyokong paling kuat sekali," katanya lagi.

Malah katanya, cara itu lebih bagus kerana apa yang berlaku pada hari ini kepada pengundi Cina bukanlah gambaran keseluruhan kehendak masyarakat Cina.

"Ini sebenarnya tidak menunjukkan kepada realiti sebenar.

"Apa yang berlaku ini hanyalah sentimen sementara kerana kejayaan DAP mempengaruhi mereka," ujar beliau lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.