Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MELAYU NAK KUAT JANGAN AMBIL PENGUNDI LUAR

Wacana: Perkukuh perpaduan dan kuasa politik

12 Mei 2013
PRU13
KUALA LUMPUR - Bangsa Melayu perlu lebih agresif untuk mengukuhkan kuasa politik dan ekonomi agar tidak dilihat sebagai bangsa yang lemah di negara sendiri, menurut seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan.

Datuk Mohd Noor Abdullah berkata hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipertahan dan kepimpinan Melayu tidak perlu bersikap 'meminta maaf' demi untuk menjaga hati dan perasaan kaum lain.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan fenomena 'tsunami Cina', sekali gus mencerminkan kaum itu telah melupakan ikatan setiakawan yang sudah terjalin sejak 55 tahun lepas, katanya pada program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' di sini hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Persatuan Alumni UiTM dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Mohd Noor berkata walaupun bangsa Melayu mempunyai nilai toleransi yang tinggi tetapi mereka juga tidak suka dikhianati dan diperkotak-katikkan maruahnya dan bagi kaum itu "dalah pantang jika dikhianati...mereka akan bertindak balas."

Beliau juga berkata usaha perlu dibuat bagi mempertahankan kuasa politik orang Melayu dan usaha juga perlu dilakukan bagi mempertingkatkan tanah rezab Melayu di kawasan bandar supaya tidak terlepas ke tangan orang lain.

Mengenai perkongsian kekayaan negara, Mohd Noor berkata masyarakat Melayu seharusnya mampu memiliki sekurang-kurangnya 67 peratus penguasaan dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding kurang 20 peratus pada masa ini.

Menyentuh isu rasuah, Mohd Noor mengingatkan orang Melayu supaya menolak rasuah yang disifatkan boleh menjatuhkan maruah dan melemahkan bangsa.

"Kalau kita laksanakan betul-betul undang-undang tanpa belas kasihan, orang lain takut kalau Melayu tidak rasuah, kerana sekarang ramai yang anggap orang Melayu boleh dibeli dengan hanya sebatang rokok," katanya.

Dalam pada itu, bekas timbalan presiden PAS Dr Nasharuddin Mat Isa berkata agenda penyatuan antara Umno dan PAS, dua organisasi politik yang memperjuang hak orang Melayu dan ummah, perlu terus diusaha dan disemarakkan bagi menjamin perpaduan Melayu terus utuh.

Beliau berkata mana-mana pihak yang menolak kepada penyatuan Melayu Islam adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Anggota Himpunan Keilmuan Muslim (Hakim) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata anak muda Melayu kini tidak berbangga untuk memperjuangkan bangsa mereka kerana menyifatkan bangsa itu sebagai rasis.

"Golongan muda kini gagal memahami perjuangan bangsa kerana pengaruh ulama tertentu yang meletakkan label assabiyah (perkauman) kepada perjuangan berteraskan bangsa," katanya.

Beliau juga senada dengan Nasharuddin yang menyifatkan tidak ada alasan Umno dan PAS tidak boleh bersatu padu demi agama dan bangsa.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar berkata resolusi wacana itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok sebagai panduan dalam menjaga kepentingan politik untuk survival ummah. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.