Monday, May 6, 2013
TAHNIAH! YB Radzi Zainon menang bergaya di Dun Sg Rapat
Tahniah diucapkan kepada calon PAS di Dun N43 Sg Rapat, Ustaz Radzi
Zainon yang menang bergaya mengatasi penyandangnya, Datuk Hamidah Osman
daripada BN.
Kemenangan Ustaz Radzi Zainon begitu manis dirasakan oleh semua petugas,
ahli dan penyokong PAS Gopeng kerana majoriti yang diperolehinya begitu
besar (2,638 undi) berbanding kekalahannya (636 undi) pada PRU-12 tahun
2008.
Jentera Pas Gopeng yang sedari mula lagi bergerak bersama rakyat di Dun
Sg Rapat dengan membawa mesej dan dakwah yang jelas mengenai perjuangan
Pas.
Ustaz Radzi Zainon pula dilihat konsisten dalam mengendalikan Pusat
Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat dengan senantiasa turun menziarahi
serta membantu kepada semua yang memerlukan tidak kira daripada parti
mana mereka berada.
Kemenangan ini bukanlah kerana kelemahan calon parti lawan tetapi lebih
kepada pendekatan berhemah yang dibawa oleh Ustaz Radzi Zainon sendiri
dan juga Pas Gopeng.
Biarpun pelbagai serangan saraf dan fizikal yang digunakan oleh pihak
lawan, peribadi Ustaz Radzi sendiri telah berjaya memikat dan menarik
sokongan pengundi untuk memilih beliau sebagai Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) N.43 Sg Rapat pada PRU-13 kali ini. Siri-siri dialog
terbuka bersama pengundi semasa tempoh berkempen telah digunakan
sebaiknya oleh beliau untuk memenangi hati pengundi, bukan sahaja
daripada kalangan masyarakat Melayu tetapi juga Cina dan India.
Sekalung syabas dan tahniah buat semua yang terlibat sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung dalam menjana kemenangan Pas di Dun Sg
Rapat ini.
Ucapan ribuan tahniah kepada Ustaz Radzi di atas kemenangan ini dan
setinggi-tinggi kesyukuran kehadirat Ilahi atas kejayaan kami.
Sesungguhnya kemenangan ini adalah satu amanah bukan sahaja buat Ustaz
Radzi Zainon sebagai wakil rakyat yang dipilih bagi mewakili Dun Sg
Rapat tetapi juga buat Pas Gopeng yang perlu bekerja lebih keras lagi
dalam menjayakan slogan 'Negara Berkebajikan' agar dapat dinilai dan
diterima pakai dalam kehidupan rakyat di Dun Sg Rapat.
YB Radzi Zainon menziarahi mangsa keganasan tragedi Flashmob berdarah tempohari di Hospital Permaisuri Bainun hari ini.
0 orang berkata:
Post a Comment