Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Mubarak: Jangan lantik calon tewas anggota Kabinet

11 Mei 2013
Abdul Aziz Rahman
Abdul Aziz ketika sidang media sempena Persidangan Meja Bulat Politik dan Kerajaan Malaysia (PRU13) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini mencadangkan calon Barisan Nasional (BN) yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak dilantik sebagai senator untuk menganggotai Kabinet.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, budaya 'pilihan kedua' itu bukan satu idea yang baik untuk diamalkan, malah ia juga tidak baik bagi masa depan negara.

"Bagilah mereka yang kalah ini peluang untuk berehat dan carilah yang berpengalaman untuk menganggotai Kabinet," katanya dalam sidang media selepas Persidangan Meja Bulat Mengenai Politik dan kerajaan Pasca PRU13 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Persidangan tertutup selama empat jam itu menyaksikan pembentangan analisis PRU13 oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ruslan Kasim dan Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad Datuk Kamarul Rashdan Mohd Salleh.

Turut hadir Setiausaha Mubarak Datuk Abdul Rahman Sulaiman. Menjelas lanjut mengenai perkara itu Abdul Aziz berkata,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mempertimbangkan individu yang tidak bertanding pada PRU13 untuk menganggotai Kabinet jika mereka mempunyai kebolehan.

Beliau berkata walaupun tidak bertanding atau bergelar wakil rakyat, namun kemahiran, pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh golongan profesional boleh membantu dalam membangunkan negara.

"Boleh lantik profesional sama ada dalam parti atau luar parti. Sekarang dah ramai layak jadi pemimpin, malah mempunyai banyak pendedahan selain taraf pendidikan yang tinggi," katanya.

Menyentuh tentang perwakilan kaum Cina dalam Kabinet Abdul Aziz berkata: "Carilah wakil Cina yang berpengalaman, ada idea bagus dan tidak ekstrim".

Mengulas mengenai dakwaan wujudnya polarisasi kaum di negara ini susulan keputusan PRU13 yang menyaksikan BN kurang mendapat sokongan daripada pengundi Cina dan di bandar, Abdul Aziz mencadangkan supaya satu kajian dibuat ke atas ucapan pemimpin pembangkang.

Beliau berkata ia penting untuk mengetahui sama ada benar pembangkang telah menanam kebencian pengundi kepada BN serta membangkitkan isu perkauman.

"Walaupun Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kata bukan rasis...tapi ini perlu dikaji supaya kita tahu kenapa sokongan kepada BN di bandar dan masyarakat Cina merosot," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Abdul Aziz berkata, BN perlu memantapkan peranan dan penggunaan media sosialnya bagi memikat hati pengundi muda sebagaimana yang diguna oleh  pembangkang.

"Bila media arus perdana tak laporkan sesuatu bahan berita, orang muda ini ada alternatif lain... mereka pergi ke media sosial yang merupakan medan perang persepsi sekarang," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

habis tu siapa lagi yg nak dilantik? wakil rakyat umno yg menang baru2 ini pun mana ada berwibawa untuk dilantik sebagai menteri. tengok saja najib, ingatkan yg ganti pak lah lagilah hebat, rupa2nya sebaliknya. jika diperhatikan penganti najib, tpm sekarang, lagilah teruk nampaknya setiap kenyataan yg dikeluarkan nya boleh tergelak dibuatnya krn nampak sangat tentang kebodohan dan tak matang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.