Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Muka baru dari Sabah dan Sarawak isi kekosongan wakil Cina dalam Kabinet

14 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Muka baru dari Sabah dan Sarawak disebut-sebut akan mengisi kekosongan wakil Cina dalam Kabinet berikutan pendirian MCA dan Gerakan tidak mahu menerima jawatan dalam kerajaan.

Keputusan dua parti terbesar kaum Cina Barisan Nasional (BN) itu adalah atas dasar 'menghormati keputusan pengundi' selepas kedua-dua parti itu mencapai prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Antara nama yang disebut untuk dilantik sebagai menteri mewakili kaum tersebut ialah Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing.

Anggota Parlimen Bintulu berusia 52 tahun itu merupakan bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tiong, lulusan sarjana pentadbiran perniagaan dan sains politik dari Royal Ireland Institute of Business and Technology, merupakan seorang usahawan dalam pembangunan hartanah, pembinaan dan industri kayu sejak 20 tahun lepas.

Selain Tiong, dua anggota Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu Datin Linda Tsen Thau Lin, 57, anggota Parlimen Batu Sapi dan juga Datuk Mary Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin, 62, anggota Parlimen Tawau, turut dikaitkan sebagai calon Kabinet.

Linda Tsen merupakan Timbalan Ketua Wanita PBS dan mula bertanding pada pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 Nov 2010 berikutan kematian suaminya Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya.

Mary Yap merupakan perunding kanan di Institut Aminuddin Baki dan merupakan panel penasihat kepada Menteri Pelajaran untuk sekolah kluster.

Selain itu, beberapa nama anggota Parlimen dari Umno turut dipertimbangkan dan antaranya Datuk Halimah Mohd Sadique, 51, anggota Parlimen Tenggara.

Beliau dikatakan akan mengisi jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan pengalamannya selama empat penggal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Johor sejak 1995.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, 37, dan rakan seangkatannya Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, 41, turut disebut antara muka baru yang akan menyertai Kabinet kali ini.'

Khairy, pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, merupakan anggota Parlimen Rembau untuk dua penggal dan Reezal Merican merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selain itu, tiga bekas menteri besar antara nama-nama disebut iaitu bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, 62, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, 53, dan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, 58.

Bekas anggota Kabinet yang dijangka kembali semula ialah Datuk Dr Jamaluddin Jarjis, 61, dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, 64. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.