Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nik Aziz sedia terus galas jawatan mursyidul am
SITI FATIHAH AWANG
FOTO: KHIRUL SHALEH
14 Mei 2013
Nik Abdul Aziz Nik Mat Nik Aziz menyerahkan simbolik watikah perlantikan kuasa kepada Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh KHIRUL SHALEH
 
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia mempertahankan jawatan mursyidul am Pas yang diamanahkan kepadanya sebelum ini sekiranya mendapat persetujuan Pas pusat.

Nik Aziz mengakui tugas sebagai mursyidul Am Pas adalah besar dan membebankan berbanding jawatan Menteri Besar yang disandangnya sejak 23 tahun yang lalu.

“Mursyidul Am itu lantikan dari pusat, dia beri, saya terima, kalau tak bagi pun tak apa, kalau dilantik, saya bersedialah, bukan payah sangat, tapi walaupun senang, inilah jawatan yang paling membebankan saya.

“Menteri besar tak banyak bebanan, kerana mursyidul am ini tiru Nabi Muhammad SAW, tutur kata, makan minum, tingkah laku, ini bebanan yang berat,” katanya ketika sidang media Majlis Jasamu Dikenang di Kompleks Kota Darulnaim semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, exco-exco dan pemimpin tertinggi kerajaan negeri.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaannya untuk memegang jawatan Mursyidul Am Pas setelah tidak lagi menjadi menteri besar bermula 6 Mei yang lalu.

Untuk rekod, Pas Pusat telah meneruskan lantikan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am  dari 2010-2015.

Ketika ditanya tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang mahu beliau mempertahankan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri, ujar Nik Aziz tanggungjawab itu seperti memandu sebuah kenderaan yang hanya memerlukan seorang pemandu sahaja.

“Pesuruhjaya Pas tak boleh orang lain pegang selain dari menteri besar, mana boleh satu kereta dua driver (pemandu),”katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai peranannya dalam Pas negeri setelah tidak mempertahankan jawatan Menteri Besar, Nik Aziz berkata, beliau tetap akan menyebarkan ajaran Islam dengan cara lain.

“Misinya ialah pegang Islam, Nabi Muhammad SAW mati pun Al-Quran ada, hadis ada, sirah Nabawi ada, jangan sekali-kali lari daripada islam, kerana hujung dunia ini ada syurga dan ada neraka,nak lari tak boleh, siapa turut Quran syurga, tak turut Quran neraka, walaupun orang arab Mekah.

“Saya tidak buat Pas, saya hanya membajai Pas, saya berterima kasih kepada masyarakat pada zaman dulu yang bawak pas ke Kelantan dari Pulau Pinang, orang pulau tidak terima, orang Kelantan terima,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.