Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pasca PRU13: Wacana Sinar Harian esok rungkai masa depan Melayu
Wartawan Sinar Harian
14 Mei 2013
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf,  Datuk Abd Jalil Ali
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali
 
SHAH ALAM - Sinonim dengan penganjuran debat dan bual bicara yang sentiasa mendapat sambutan, Sinar Harian tampil sekali lagi dengan wacana yang mengupas isu pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penganjuran Wacana siri ke-20 kali ini bakal mengupas topik Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu, esok.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali berkata,  dengan adanya wacana ini ianya diharap dapat merungkai kekeliruan terutamanya tentang orang Melayu.

"Di samping itu, diharap wacana ini nanti dapat menjelaskan beberapa perkara berbangkit mengenai hala tuju politik Melayu pasca PRU13," katanya.

Wacana kali ini mengetengahkan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Program kali ini dikendalikan oleh pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.

Ketika ditanya mengenai pemilihan panel, Abd Jalil berkata, panelis dipilih bersesuaian dengan pemilihan tajuk dan mempunyai kredebiliti untuk mengupas isu ini.

"Wacana ini diharap dapat menjadi medan terbaik untuk pemimpin Melayu yang berada dalam Pas, DAP dan Umno duduk bersama berhujah dan berdiskusi mengenai hala tuju politik Malaysia.

"Selain itu, diharap dapatan wacana ini kelak dapat dibawa terutamanya oleh orang Melayu itu sendiri selepas pasca PRU13," katanya lagi.

Wacana kali ini berlangsung dari jam 2.30 hinggga 5 petang di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Masuk adalah percuma dan mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066.

Sinar Harian Online dan mobTV merupakan penganjur bersama.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.