Apakah matlamat penyatuan bangsa melayu ? Untuk menguatkan Islam ? Untuk menguatkan fahaman assobiyah ? atau untuk mengukuhkan parti melayu yang sedia ada ? Jika untuk mengukuhkan semangat bangsa melayu rasanya sangat tidak perlu kerana suasana semasapun diantara melayu masih terus tindas menindas kerana kuasa, Untuk menguatkan islam ? hujah ini sangat dangkal kerana kekuatan islam itu bukan pada bangsa akan tetapi pada konsep al quran dan hadis, untuk mengukuhkan semangat bangsa ? rasanya tidak perlu kerana ia menguntungkan pada golongan tertentu sahaja iaiatu UMNO dan terlarang pula pada pandangan islam, jadi cadangan penyatuan UMNO PAS tidak relaven -Pak Karamu
Nasrudin: Gesaan Umno-Pas bersatu ungkapan jenaka
14 Mei 2013
SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan
gesaan menyatukan Umno dan Pas, yang semakin kerap dibangkitkan
mutakhir ini sebagai suatu ungkapan jenaka malah tidak membawa sebarang
kesan.
Sebaliknya ujar beliau, ia hanya akan menimbulkan fitnah serta menebalkan jurang persefahaman antara kedua-dua parti.
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, usaha penyatuan itu tidak mungkin berlaku sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) masih meneruskan penindasan terhadap hak rakyat terutamanya dalam soal pemberian royalti minyak dan pembangunan di kawasan atau negeri yang dimenangi pembangkang.
“Isu penyatuan atau perpaduan itu tak ada sudahnya, kerap kali diulang dan diungkap.
“... seruan itu tak berfaedah, usah bermain dengan kata-kata, buktikan bahawa negara ini amalkan politik matang dulu, hormat-menghormati perbezan pandangan, hilangkan kekeliruan, kembalikan hak rakyat dan hapuskan penindasan, kemudian barulah cakap soal perpaduan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika berucap dalam program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM, semalam.
Nasharudin menggesa agenda penyatuan kedua-dua parti itu dijadikan sebagai usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan kaum Melayu di negara ini.
Dalam pada itu, Nasrudin mendakwa isu perpaduan cuba digunakan Umno-BN apabila terdesak setelah gagal memperbaiki rekod prestasinya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akibat hilang sokongan rakyat dengan hanya menang mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.
“Dalam isu royalti minyak, tuntutan rakyat tak diberikan, lepas itu mereka tertekan, kemudian nak ajak cakap soal perpaduan, ia sesuatu yang tak masuk akal.
“Selagi apa yang berlaku hari ini, ungkapan itu hanya untuk melariskan surat khabar saja.
“Umno-BN saban hari menyerang Pas gunakan tv dan surat khabar, menyebabkan ada maklum balas daripada Pas, akhirnya hubungan Umno-Pas semakin tengang.
Tambah beliau, kerjasama itu sukar direalisasikan jika Umno-BN terus-menerus menyerang dan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap Pas termasuklah parti Islam itu mengamalkan ajaran sesat dan menggadaikan prinsip Islam.
Agak kurang manis tegasnya jika selepas itu Umno-BN ingin berunding dan bercakap mengenai soal perpaduan dan kerjasama kedua-dua parti Melayu-Islam itu.
“Satu ungkapan yang tak manis dan tak dipandang positif oleh masyarakat.
“... buatlah perubahan dulu, jangan asyik dera rakyat, kerajaan Umno kena tunaikan kehendak dan kemahuan rakyat yang baik.
“Kalau dengar kenyataan menteri besar Terengganu, dia kata mana-mana pengundi yang tak sokong BN dalam pilihan raya lepas, kawasan itu tak akan diberikan peruntukan dan tidak akan dibangunkan, lepas itu dia nak ajak bersatu pula, itu tak mungkin jadi kenyataan,” katanya.
Tambah beliau, gesaan itu juga pernah dilontarkan oleh anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir, kini Menteri Besar Kedah, yang mengatakan bahawa sekiranya Pas menyertai Umno, hudud akan dilaksanakan.
“Kadang kala saya keliru dengan ucapan itu, yang bercakap itu kerajaan BN.
“Kalau Umno bentang hudud di Parlimen, insya-Allah ahli parlimen Pas akan sokong mereka, tapi kerajaan kena buktikan dulu,” tegasnya.

0 orang berkata:
Post a Comment