Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERAK PULAUKAN ISTIADAT ANGKAT SUMPAH

Adun PR tidak hadir istiadat angkat sumpah MB Perak
7 Mei 2013
IPOH - Kesemua 28 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat tidak hadir pada istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, mereka tidak hadir kerana tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

"Kami tidak hadir kerana kami rasakan tiada ketelusan dan wujud kesangsian pada keputusan pilihan raya lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan di beberapa portal berita online yang mendakwa Pakatan Rakyat memboikot istiadat tersebut.

Sementara itu, Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kesemua 28 Adun Pakatan Rakyat dijemput hadir ke istiadat itu.

"Bagi saya, PRU13 sudah berakhir dan ia adalah masa untuk kita (BN)meneruskan agenda kepimpinan dan pentadbiran negeri Perak yang melibatkan semua pihak. Saya tidak mahu komen ketidakhadiran mereka di istana pada hari ini," katanya.

Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Perak berjaya mengekalkan kuasa apabila memenangi 31 kerusi Dun. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.