Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Permit 21 rakyat Malaysia bantah PRU13 perlu diteruskan
Wartawan Sinar Harian
23 Mei 2013
KUALA LUMPUR - PKR hari ini meminta Pesuruhjaya Singapura terus memberikan permit kepada 21 rakyat Malaysia yang mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Merlion Park Singapura, 11 Mei lalu.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kesemua mereka yang ditahan itu berhak untuk menyatakan perlunya pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini.

"Saya menggesa agar Pesuruhjaya Singapura terus memberikan peluang kedua kepada mereka semua. Mereka berhak mendapat permit mereka.

"Kalau tidak bagaimana mereka hendak mencari nafkah kerana mereka juga adalah penyumbang kepada ekonomi Singapura selama ini," katanya selepas menyerahkan memorandum di kedutaan itu, di ibu negara.

Memorandum diterima oleh Setiausaha Pesuruhjaya Singapura, Haris Rusdi Chai dan Ramanathan Manivasagan.

Untuk rekod polis Singapura sebelum ini memberi nasihat perhimpunan seumpama itu melanggari undang-undang Singapura.

"Pihak polis ingin menegaskan, sementara orang luar dibenar bekerja dan tinggal di sini, mereka perlu mematuhi undang-undang kita.

"Mereka tidak boleh membawa masuk isu dalaman dari negara mereka ke Singapura dan melakukan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam, kerana mungkin terdapat kumpulan dengan pandangan yang berbeza.

"Mereka yang melanggar undang-undang akan ditangani secara serius," menurut akhbar yang memetik jurucakap polis sebagai berkata menerusi satu kenyataan.

Penahanan itu dilakukan selepas amaran dikeluarkan tetapi tidak dipedulikan oleh mereka yang ditahan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.