Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Permohonan permit pekerja asing sah sebelum 31 Mei

16 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Majikan yang belum memohon untuk mendapatkan permit kerja atau Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tahun pertama bagi pekerja asing mereka di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Tanpa Izin (6P) diminta berbuat demikian sebelum 31 Mei.
  
Pengarah Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen Haniff Omar dalam satu kenyataan hari ini berkata ada majikan yang didapati masih belum memohon PLKS walaupun bayaran levi telah dibuat.
  
Katanya dianggarkan lebih 17,000 pekerja asing masih belum membuat pemeriksaan Fomema (Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing).
  
Jika majikan berkenaan gagal berbuat demikian, Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan penguatkuasaan selepas tarikh tersebut dan mengenakan tindakan di bawah Akta Imigresen, katanya.
  
Beliau berkata bagi pekerja asing yang telah dikeluarkan PLKS tetapi telah tamat tempoh, majikan hendaklah membuat lanjutan PLKS dengan kadar segera kerana ia juga merupakan kesalahan di bawah Akta Imigresen.
  
"Terdapat 60,000 majikan yang belum membuat lanjutan PLKS pekerja asing yang telah tamat tempoh," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.