Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
PKR cadang tubuh suruhanjaya teliti persempadanan semula pilihan raya
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
24 Mei 2013
Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencadangkan agar sebuah suruhanjaya baru yang bebas, telus dan profesional dibentuk untuk meneliti urusan persempadanan bahagian pilihan raya.
Beliau mendakwa, pensempadanan bahagian pilihan raya sedia ada tidak adil dan tidak memenuhi sistem demokrasi perwakilan.
"Saya mencadangkan supaya AMK dan Wanita (PKR) proaktif untuk memulakan usaha berbincang dengan pihak yang mempunyai kepakaran untuk mengesyorkan kewajaran persempadanan baru berasaskan etika demokrasi.

“Langkah ini penting sebagai cadangan balas terhadap syor-syor persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hujung tahun ini," katanya ketika berucapan di majlis perasmian Kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR di di sini, hari ini.


Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata, Suruhanjaya Persempadanan England 2013 diwujudkan bagi mengemukakan syor sempadan baru bagi kawasan pilihan raya dalam tempoh setiap 5 tahun.


Katanya, antara kriteria garis panduan yang terkandung di dalamnya termasuklah kuota pilihan raya dan undang-undang 5 peratus, saiz geografi, pertimbangan geografi khas, sempadan kerajaan tempatan, sempadan kawasan yang sedia ada serta hubungan tempatan.


Selain itu, Azmin turut mencadangkan sebuah Institut Ta'dib Siyasi (Institut Pengajian Politik) ditubuhkan bagi melahirkan pemimpin, kader dan anggota parti yang mampan.


"Institut ini perlu dengan tenaga pelatih yang berwibawa , fasilitator yang tetap, kemudahan, latihan yang berteknologi canggih serta sejumlah peruntukan yang dapat memenuhi keperluan institusi itu.


"Program ini harus melibatkan pemimpin dan anggota parti di semua peringkat dan ianya perlu berjalan secara berkala dengan sasaran 10,000 kader setiap tahun. Usaha ini perlu menjadi fokus AMK dan wanita yang berperanan sebagai nadi kepada usaha kaderisasi bagi membentuk satu gerakan massa yang progresif dan berdaya tahan," katanya.
Azmin dalan ucapannya yang bertajuk 'Laksana Satu Nyawa' itu berkata, sebagai parti masa, penglibatan golongan muda sangat diperlukan bagi membolehkan parti bergerak lebih efektif.
"Terbukti apabila anak muda dan wanita diberikan peluang dan sokongan mereka juga akan berjaya.

“Justeru saya menggesa kepimpinan parti untuk terus memberi dorongan dan ruang kepada generasi muda dan wanita bukan sahaja dalam pilihan raya tetapi juga dalam kepimpinan parti," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.