Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Polis nasihat orang ramai tidak sertai perhimpunan di Stadium Kelana Jaya

8 Mei 2013
SHAH ALAM - Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dijadual diadakan di Stadium Kelana Jaya dekat sini malam ini.
  
Ketua Jabatan Pengurusan Polis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK) SAC Hasanuddin Hassan berkata perhimpunan itu menyalahi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana sehingga ini polis tidak menerima sebarang notis mengenai penganjuran acara itu dari pihak penganjur.
  
Pihak penganjur harus bertanggungjawab dan menghormati undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin selain memastikan keadaan trafik tidak terganggu di kawasan berkenaan, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.  

"Saya percaya mereka (penganjur) tahu dan maklum dengan peraturan yang telah ditetapkan, dan mereka mempunyai peguam untuk dirujuk," katanya.
  
Hasanuddin berkata pihaknya dimaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit telah dimaklumkan mengenai pengajuran perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata polis akan memantau keadaan perhimpunan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
  
Sementara itu, Hasanuddin berkata polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian serangan terhadap tujuh lelaki warganegara asing yang dikatakan  pengundi hantu dalam kejadian di Pandamaran pada Ahad lepas.
  
Beliau berkata lelaki yang berumur antara berumur 21 dan 32 tahun itu ditahan secara berasingan pada Isnin dan Selasa lepas di sekitar Klang serta ditahan reman sehingga esok.
  
"Kesemua mereka dipercayai penyokong sebuah parti politik yang bertindak menyerang warganegara asing terbabit. Siasatan mendapati warganegara asing terbabit baru pulang membeli-belah dengan kenderaan yang disewa oleh majikan mereka," katanya.
  
Hasanuddin berkata kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.