Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Polis Terengganu buka 53 kertas siasatan berkaitan PRU13

8 Mei 2013
KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu membuka sebanyak 53 kertas berhubung pelbagai kesalahan sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di negeri ini sejak hari penamaan calon, 20 April lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata kesemua kes yang disiasat adalah berkaitan kes khianat, keganasan penyokong parti, edaran bahan lucah, merusuh serta mengadakan ceramah tanpa permit.

Katanya tujuh individu yang telah ditahan, masing-masing dua di Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan seorang di Besut telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman.

"Kini sebanyak 30 kes masih dalam siasatan dan 16 kes telah ditutup dan kita akan menyelesaikan kesemua kes terbabit dalam masa terdekat.

"Antara daerah yang paling tinggi mencatatkan insiden kekecohan ialah di Kuala Terengganu, Besut, Dungun, Marang dan Kemanan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jamshah berkata polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan individu yang menyebarkan maklumat berbaur perkauman dan fitnah di media sosial atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.