Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 22 Mei 2013

PRU 13 : Kajian Menunjukkan PR Menang Dua Pertiga Di Kerusi Campuran

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Pakatan Rakyat (PR) memenangi 59 kerusi campuran di Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) iaitu hampir dua kali ganda daripada 30 kemenangan di kerusi majoriti Cina, menurut kajian terbaru yang sekaligus menolak dakwaan "Tsunami Cina" oleh Barisan Nasional (BN) sebagai punca kekalahan.
Badan pengkaji atas talian bebas tersebut berkata parti pemerintah BN memenangi banyak undi di kawasan luar bandar manakala PR meningkatkan sokongan di kawasan bandar dan separa bandar di negara yang sedang mengejar status negara maju 2020.
"BN mewakili majoriti luar bandar dan dapat mengekalkan kuasa dengan luar bandar dan kerusi separa bandar sahaja. Pilihan raya kali ini menunjukkan PR lemah di luar bandar yang terdiri daripada kerusi majoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak," kata laporan itu, yang boleh didapati dalam blog rasmi PoliTweet.
Menurut PoliTweet, 108 daripada 133 kerusi (81 peratus) dimenangi BN adalah di kerusi luar bandar, manakala PR memenangi kerusi bandar atau separa bandar hampir dengan peratusan sama (72 daripada 89 kerusi).
PR memenangi semua 16 kerusi bandar majoriti Cina, 12 kerusi bandar Melayu dan 12 kerusi bandar campuran, memberikan mereka 40 daripada jumlah keseluruhan 43 kerusi bandar (93 peratus). Sebagai perbandingan, BN hanya memenangi 4 kerusi bandar Melayu dan 1 kerusi bandar campuran.
Daripada 54 kerusi separa bandar, PR memenangi 34 daripadanya (63 peratus). BN menang baki daripada kerusi separa bandar dengan kawasan separa bandar Melayu adalah sebahagian besarnya 12 kerusi tersebut.
PoliTweet juga menunjukkan PR memenangi lebih banyak kerusi bandar dan separa bandar majoriti Melayu berbanding BN, ia menunjukkan kerusi majoriti Melayu bukan lagi jaminan kemenangan untuk BN.
Dalam kajiannya, PoliTweet mengkategorikan kerusi kepada tiga kategori yang tidak mengikut klasifikasi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tetapi lebih berdasarkan imej satelit peta Google dan peta SPR.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.