Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified



Raja Nazrin rasmi lapangan terbang Sultan Azlan Shah

21 Mei 2013
Raja Dr Nazrin Shah
Raja Dr Nazrin Shah
IPOH - Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, di sini yang dinaiktaraf bagi memenuhi keperluan keselamatan operasi pesawat dan keselesaan pengguna.

Majlis perasmian itu diadakan sempena sambutan ulang tahun Hari  Keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ke-85.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak  Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.

Projek menaiktaraf lapangan terbang dengan kos RM42 juta yang bermula 13 April 2011 telah siap dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Nov tahun  lepas.

Kerja menaiktaraf lapangan terbang itu melibatkan pelebaran ruang Balai Pelepasan dan Balai Ketibaan, penyediaan tempat duduk baharu di Balai   Pelepasan, Balai Ketibaan dan ruang daftar masuk serta pemasangan sistem pendingin hawa di Balai Pelepasan, Balai Ketibaan dan balai perhimpunan awam.

Ia juga meliputi pemanjangan landasan dari 1,798 meter kepada 2,000 meter dan pelebaran kawasan meletak kenderaan komersil.

Zambry dalam ucapannya berkata memandangkan lapangan terbang itu telah dinaiktaraf, kerajaan negeri memohon Kementerian Pengangkutan untuk  menambah penerbangan di lapangan terbang itu.

Katanya kerajaan negeri juga merancang untuk menjadikan lapangan terbang itu sebagai pusat perkhidmatan kejuruteraan, penyelenggaraan dan baik pulih  (MRO).

"Kita mahu menjadikan lapangan terbang ini benar-benar bermanfaat," katanya.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.