Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Soi Lek letak jawatan pengerusi pelabuhan P. Pinang

TERKINI @ 05:52:13 PM 08-05-2013
Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
May 08, 2013
KUALA LUMPUR, 8 Mei — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang, ekoran resolusi parti untuk meletak semua jawatan kerajaan selepas menunjukkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya 2008. Dr Chua (gambar) bagaimanapun berkata, beliau perlu berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum meletak jawatan secara rasmi.
“Saya dilantik oleh PM, jadi saya akan berjumpa beliau sebelum mengumumkan perletakan jawatan sebagai tanda penghargaan,” katanya di dalam laman Facebook petang ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil berat terhadap saya.”
Dr Chua turut mengesahkan dalam kenyataan awalnya bahawa beliau menolak jawatan sebagai anggota Majlis Ekonomi Negara ketika pembubaran Parlimen bulan lalu.
“Anggota baru akan dilantik oleh Perdana Menteri selepas pembentukan Kabinet baru,” katanya.
Dr Chua telah digesa melepaskan jawatan sebagai anggota MCA, termasuk disebabkan keputusan pilihan raya Ahad lalu.
MCA hanya beroleh kemenangan tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi negeri, daripada 37 Parlimen dan 90 kerusi negeri.
Kekalahan memalukan itu menyaksikan kekalahan kedua terbesar parti komponen Barisan Nasional (BN) apabila tewas lebih 50 peratus daripada 15 kerusi Parlimen dimenangi ketika Pilihan Raya 2008, dan didesak melaksanakan keputusan pada 2010 untuk menolak semua jawatan kerajaan jika tewas lebih teruk.
Dalam kenyataan ringkasnya selepas keputusan pilihan raya, Dr Chua mengumumkan beliau tidak akan pencalonan semula dalam partinya yang akan dilaksanakan pada November.
“Sebagai presiden MCA, saya perlu menstabilkan parti dalam keadanaan yang sukat. Saya akan memanggil mesyuarat Majlis Presiden dan Jawatankuasa Tertinggi untuk menyatakan hala tuju parti ekoran keputusan sedemikian.
“Pada masa sama, saya memutuskan saya tidak akan dicalonkan semula dalam pemilihan parti,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut mengakui keputusan lemah MCA itu namun mengesahkan tiada pimpinan partinya akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sama ada negeri atau persekutuan.
“MCA menghormati dan menerima kehendak pengundi. Inilah demokrasi,” kata Dr Chua.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.