Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, May 12

GEMPAR: Pencacai TEGAR Amno dibelasah [Saksikan siapa...]

PRU-13 ibu segala penipuan, SPR mesti jawab

BATU KAWAN 12 MEI : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Pakatan Rakyat mendapat undi popular lebih daripada BN, justeru ia menimbulkan tanda tanya kepada rakyat dan pemerhati.

“SPR cuai. Penipuan mereka menyebabkan Pakatan Rakyat yang mendapat undi popular dikira sebagai kalah. BN yang ternyata tidak berjaya mengatasi Pakatan Rakyat diisytiharkan sebagai pemenang.

“Bagi mengekalkan kemenangan, BN dan SPR sanggup menipu sehingga ada pengundi diragui berani masuk ke pusat pengundian.

“SPR mesti jawab segera segala pembohongan yang mereka lakukan,” kata Anwar Ibrahim di hadapan lebih 100,000 hadirin dalam himpunan ‘Tolak Penipuan PRU-13 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang semalam.

Tegas Anwar, hak rakyat memilih pemerintah bukan saja dicabul oleh SPR dan BN, malah ditipu dengan cara jijik dan kotor termasuk menyerang Pakatan Rakyat melalui media arus perdana untuk mengekalkan kuasa

“Selepas pembubaran Parlimen, semua media yang ada dalam negara tidak lagi mendapat kebebasan. Semuanya diperkuda oleh mereka untuk mengikut telunjuk BN supaya rakyat yakin perbuatan mereka.

“Himpunan ini mesej jelas kepada BN dan SPR bahawa rakyat tidak setuju dengan penipuan yang mereka lakukan.

“Oleh kerana itu, rakyat negara ini akan terus bangkit membuktikan hak mereka ternyata ditipu dan dinafikan oleh BN dan SPR dalam pilhan raya umum 5 Mei lalu,” kata Anwar. ~ KD

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.