Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK HABIS-HABIS NAK MENYUCUK DAN MELAGA-LAGAKAN

Wujudkan gabungan kerjasama Umno-Pas sekat kemaraan DAP

6 Mei 2013
Hasan Ali
Hasan
KUALA LUMPUR - Presiden JATI Datuk Dr Hasan Ali hari ini mencadangkan supaya usaha dibuat untuk mewujudkan gabungan kerjasama antara PAS dan Umno sebagai langkah menyekat kemaraan DAP.
  
Beliau berkata keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semalam sepatutnya membuka ruang lebih luas untuk diadakan perbincangan serius berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu.
  
"Sudah sampai masanya Umno dan PAS melupakan sengketa lama untuk secara serius duduk merancang dan memikirkan aganda umat secara bersama demi perpaduan dan kebaikan ummah," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Keputusan PRU13 menyaksikan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno, kembali berkuasa setelah memenangi 133 kerusi parlimen, diikuti DAP (38), PKR (30) dan Pas (21).
  
Hasan menarik perhatian berdasarkan keputusan pilihan raya itu, jelas kelihatan kehadiran Pas dalam pakatan rakyat hanya menguntungkan DAP, bukan sebaliknya.

Menurutnya, pengundi Melayu atas nama setiakawan pakatan rakyat memberi undi kepada DAP di Gelang Patah tetapi di kebanyakan tempat dengan minoriti Cina, keadaan serupa tidak berlaku dan menyebabkan calon Pas kecundang di kawasan-kawasan berkenaan.
  
"Atas dasar ini, bukankah munasabah untuk dilihat secara serius gabungan kerjasama antara Pas dan Umno untuk menyekat kemaraan DAP," katanya.
  
Perebutan bagi kerusi parlimen Gelang Patah di Johor menyaksikan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dikalahkan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
  
Hasan turut berkata kegagalan memperoleh mandat dua pertiga di pihak BN menunjukkan mungkin sudah sampainya BN dan Umno bermuhasabah untuk mengenal pasti dan memperbaiki segala kelemahan supaya selari dengan kehendak dan aspirasi majoriti pengundi dan penyokong mereka.
  
Dalam pada itu, Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menerima suara rakyat yang disalurkan melalui PRU13 walaupun kecewa dengan keputusan itu.

Menurutnya, segala permintaan untuk menambah baik proses pilihan raya dan amalan demokrasi di negara ini telah dituruti kerajaan, namun masih ada yang mempertikai keputusan suara rakyat pada PRU13.
  
"Kita nak bekerja dan memenuhi mandat diberi rakyat dan bukan terus menerus bergaduh macam ni yang hanya akan merugikan negara. BN pun bukan menang besar, tapi kita terima hakikat itu kehendak rakyat," kata Syed Ali kepada Bernama.
  
Sementara itu, Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) mahu pemimpin kerajaan yang baru dipilih di peringkat persekutuan dan negeri supaya mempunyai iltizam politik yang kuat untuk sentiasa memperbaiki dasar-dasar sosio-ekonomi.
   
Dalam satu kenyataan, Presiden ACCCIM, Datuk Lim Kok Cheong berkata membantu komuniti perniagaan, terutamanya sejumlah besar perusahaan kecil dan sederhana, adalah penting untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
   
Beliau juga menyeru agar semua janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya yang ditunaikan dan bagi kerajaan membina Malaysia yang lebih harmoni dan progresif dengan melaksanakan program-program transformasi sosio-ekonomi yang memberi manfaat semua kaum. - Bernama

6 orang berkata:

Anonymous said...

benar jangan bagi orang luar seperti hassan ali masuk campur. kalau masih bersama PAS boleh le berangan jadi MB. ki ki ki...

Anonymous said...

pala butoh hassan ali

pinkjambu said...

Tak semua islam melayu dan tak semua melayu islam....apa kata melayu islam meramaikan pas?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

alhamdulillah Allah makbulkan doa kami... amiiin.

Najib bin Najis said...

Ko pi bergabung gan PukiMak ko dulu Hasan ada gak faedah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.