Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PAYAH, HABISKAN DUIT RAKYAT JEW !

Senator cadang Kementerian Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional diwujud semula

May 10, 2013
SUNGAI PETANI, 10 Mei — Seorang Senator hari ini mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan semula Kementerian Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi mengukuhkan lagi hubungan antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Anggota Dewan Negara Senator Datuk Boon Som Inong berkata hubungan harmoni antara masyarakat merupakan faktor penting untuk memastikan keamanan, kestabilan, kemerdekaan dan kedaulatan negara terus terjamin.
“Saya ingin mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menimbang penubuhan Kementerian Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional supaya usaha untuk mengharmonikan isu-isu perkauman dapat dilaksanakan secara jitu.
“Melalui pendekatan ini, kerajaan boleh memperhebatkan program meningkatkan persefahaman yang dilihat dapat menyelesaikan pergeseran antara kaum,” kata Boon kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata kewujudan kementerian itu membolehkan kerajaan melakukan tindakan lebih terancang, strategik dan konkrit yang akan memastikan isu-isu perkauman dapat ditangani secara bijaksana.   
Beliau turut mencadangkan hal ehwal kebudayaan masyarakat dipisahkan daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Kementerian itu perlu menumpukan perhatian kepada usaha strategic menyebarkan maklumat dan meningkatkan kefahaman rakyat tentang dasar-dasar kerajaan manakala portfolio kebudayaan perlu diasingkan kerana ia memerlukan sentuhan tersendiri dalam menangani isu-isu yang timbul, katanya. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.