Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, May 9, 2013

Perkembangan menarik dalam PKR: Azmin Ali terlepas dari siasatan polis

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali
28 penceramah perhimpunan Pakatan di Stadium Kelana Jaya malam tadi akan disiasat, walaubagaimanapun, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali terlepas dari siasatan kerna beliau bukan hanya tidak hadir, malah Azmin Ali turut senada dengan presiden Umno, Najib Razak yang menentang penganjuran perhimpunan "Suara Rakyat Suara Keramat".

Sebaliknya Azmin Ali dilihat mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya di sini pada Rabu yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU-13 Ahad lepas.

Difahamkan Azmin akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Jumaat (esok). Ini Azmin sudah lain macam, selalu buat sidang media di Dewan Media di ibu pejabat PKR, kenapa pulak esok hendak buat di hotel?


Malah, timbul khabar angin, Azmin akan meletak jawatan dalam parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor.
Azmin Ali Twitter
Azmin dalam Twitternya pada Selasa lalu turut mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad lepas.

"Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat." kata Azmin dalam laman Twitternya.

"Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal.

Dalam Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada PRU-13 diterima.

"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis akan memanggil penganjur perhimpunan membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 di Stadium Kelana Jaya malam tadi bagi membantu siasatan.
 
Beliau berkata selain itu polis juga akan mendapatkan keterangan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada perhimpunan itu.

Katanya 28 daripada 33 pemimpin pakatan yang berucap pada perhimpunan itu didapati memberi ucapan berbau hasutan, yang menyalahi Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
 
Beliau berkata penganjur perhimpunan itu gagal mematuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman iaitu memberi notis kepada pihak polis mengenai penganjuran perhimpunan itu, 10 hari sebelum  acara itu diadakan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.