Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
TI Malaysia gesa reformasi sistem pilihan raya
Wartawan Sinar Harian
8 Mei 2013
Paul Low
Paul Low
 

SHAH ALAM – Transparency International (TI) Malaysia menggesa semua pihak termasuk parti-parti politik, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan masyarakat sivil bekerjasama untuk memperbaiki proses pilihan raya di negara ini.

Presidennya, Datuk Paul Low berkata, semua pihak yang terbabit perlu menyasarkan matlamat untuk sistem pilihan raya yang telus dan adil bagi mencerminkan kehendak majoriti.


“Proses reformasi pada pilihan raya ini harus bermula sekarang. Untuk melindungi proses pilihan raya bebas, semua aduan ini perlu diambil tindakan segera berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya oleh SPR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.


Tambah beliau, pembaharuan struktur juga diperlukan segera bagi menangani isu-isu asas seperti urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya, amalan pilihan raya yang bersih, akses sama kepada media awam dan paling penting kebebasan SPR.


Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan daripada jumlah 10.9 juta undi, Barisan Nasional (BN) memperoleh 48.6 peratus undi manakala Pakatan Rakyat (PR) pula menerima 51.4 peratus.


Bagi kerusi Dun pula, BN memenangi 275 kerusi berbanding 230 untuk PR manakala di peringkat Persekutuan, BN memperoleh 133 kerusi Parlimen BN dan 89 untuk PR.


Sementara itu, beliau turut mendakwa ibu pejabatnya TI di Berlin telah menerima lebih 3,000 aduan berkaitan dengan PRU13 yang berlangsung Ahad lalu.


“Antara laporan yang diterima sepanjang tempoh kempen termasuklah politik wang, ugutan kepada pengundi, penyalahgunaan sumber kerajaan, kenyataan berbau perkauman dan agama,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.