Bukan Tsunami Cina tapi gelombang kedua Tsunami 2008
26 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dakwaan
Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan keputusan Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) dengan perkauman kononnya sebagi 'Tsunam Cina' disanggah
banyak pihak.
Penganalisis politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata beliau berbeza dengan pandangan tersebut.
Katanya,
apa yang berlaku pada PRU13 menunjukkan bukan sahaja kebangkitan
masyarakat Cina, tetapi kebangkitan seluruh rakyat Malaysia.
"Yang
jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat,
dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan
lain-lain, yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang
bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.
"Ringkasnya,
keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan
dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.
"Sudah
sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik
kita," kata pensyarah kanan Sain Politik UKM itu dalam entri di
Facebook.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas laporan media dan juga kenyataan
Najib yang mendakwa kemerosotan pencapaian BN pada PRU13 ini akibat
Tsunami orang Cina yang menolak BN.
Pada PRU13 yang diumum kelmarin, dari keseluruhan 222 kerusi parlimen BN menang 133 iaitu kurang tujuh kerusi berbanding 2008.
Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi iaitu meningkat tujuh kerusi dari PRU 2008.
Generasi Y, orang Islam
Sementara itu, pakar motivasi terkenal Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad turut memberi pandangan serupa berhubung isu ini.
Katanya,
dakwaan bahawa 'Tsunami pengundi Cina' semata-mata bukan sahaja tidak
tepat malah dilihat cuba menjuzukkan keputusan ke arah perkauman.
"Tetapi apa yang lebih tepat ialah Tsunami sebahagian besar pengundi tidak kira Cina, Melayu, India dan lain-lain.
"Ini
dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya itu sendiri dan ini adalah
satu ‘wake up call’ kepada BN," katanya juga dalam Facebook.
Menurut
beliau, PRU13 ini bukan sahaja golongan Cina yang bangkit, malah
sebenarnya menyaksikan kebangkitan beberapa golongan lain termasuk
golongan pengundi muda, Gen-Y.
Golongan
ini kata Asmadi banyak terdedah kepada media sosial untuk mendapat
maklumat dan mereka tidak takut untuk membuat sebarang perubahan.
"Minda mereka tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman dan mereka ini lahir dalam zaman lepas merdeka," katanya.
Perubahan
juga katanya berlaku di kalangan orang Islam yang menuntut kepimpinan
yang amanah, telus, adil, berintegriti dan kredibel serta usaha-usaha
yang lebih merakyat.
"Kita
tidak boleh melihat semuanya sebagai perkauman (racist). Ramai juga
penyokong Cina yang beralih arah itu kerana sudah letih dan sebagai
tanda protes terhadap apa yang berlaku.
"Malah
mereka mengangkat pula bendera PAS tanpa segan silu. Bermakna ada
sesuatu yang ada dalam fikiran mereka ini melangkaui aspek perkauman,"
katanya.
Harakahdaily/-
0 orang berkata:
Post a Comment