Tuesday, May 08, 2012
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH

oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang saya kira amat menarik semasa
beliau berucap sempena pertabalan beliau sebagai Presiden Amerika.
Obama menyatakan " bagi rejim yang bergayut kuasa melalui korupsi dan
penipuan dan juga dengan mendiamkan suara-suara yang menentang , mereka
kena tahu dan faham bahawa mereka sedang berada di kedudukan yang salah
tentang sejarah ( wrong side of history )."
Melihat kepada keganasan polis menyerang rakyat Malaysia pelbagai kaum,
bangsa , warna kulit, bahasa dan agama di perhimpunan Bersih 3.0 yang
lalu memberi petunjuk yang jelas bahawa Umno berada-meminjam kata Obama-
'on the wrong side of history.'
Masa hadapan negara ini dengan izin Allah akan didirikan oleh rakyat
yang berjiwa seperti penyokong Bersih 3.0 yang berhimpun pada 28 April
yang lalu . Rakyat seperti itulah yang tidak pernah putus asa mencari
sinar keadilan ('adalah'- justice) , persamaan ( 'musawah-equality) dan
kebebasan ( huriyyah-freedom) untuk dikecapi dan dinikmati keseluruhan
rakyat di negara ini.
Bagi kita Malaysia hanya boleh bergerak ke arah 'kedudukan betul
sejarah' jika Kerajaannya mengetahui dan mengiktiraf bahawa rakyat
seperti penyokong Bersih 3.0 tempoh hari adalah sebenarnya kekuatan
kepada negara ini dan bukannya musuh negara ini.
Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia menyalahkan Penganjur Bersih
yang menolak tawaran berhimpun di Stadium sebagai punca kepada kegawatan
yang berlaku pada perhimpunan aman Bersih 3.0
Maaf Perdana Menteri alasan anda terlalu naif bagi seorang Perdana
Menteri.
Alasan kamu tersebut mengigatkan kami kepada filem Tiga Abdul
arahan Tan Sri P.Ramlee. Hanya kerana adinda bongsu Abdul Wahub
memprotes keputusan dua kekandanya yang enggan menghantar ayahanda
mereka ke Hospital ( supaya ayahanda mereka cepat mati dan mereka boleh
membalut segala harta) Abdul Wahub dinafikan oleh kedua-dua kekandanya
segala harta ayahandanya di dalam negeri Istambola.
Nampaknya begitulah logik Perdana Menteri. Hanya kerana penganjur Bersih
enggan menerima keputusan Kerajaan Najib untuk berhimpun di stadium
maka ikut logik Najib polis tidak salah melakukan tindakan ganas ke atas
para penyokong Bersih 2.0 .
Kita ingin katakan pada Perdana Menteri bahawa isunya bukan keengganan
berhimpun di stadium. Sebaliknya isunya mengapa rakyat dilarang untuk
duduk bantah secara aman hanya untuk tempoh 2 jam di Dataran Merdeka.
Sejak bila duduk bantah secara aman dikira satu tindakan jenayah
sehingga polis perlu dapatkan perintah Mahkamah untuk melarang rakyat
duduk membantah. Amat malang Majistret begitu mudah memberikan perintah
secara ex parte ( sebelah pihak) kepada pihak polis hanya dengan sekadar
berbekalkan maklumat atau versi pihak Polis tanpa mendengar versi pihak
Bersih khususnya dari Pengerusi Bersih, Ambiga.
Jika Majistret faham bahawa tugas hakiki seorang Hakim adalah
melaksanakan keadilan dan untuk berlaku adil beliau perlu mendengar
versi dua dua pihak sudah tentu beliau tidak akan begitu mudah
memberikan perintah yang dipohon oleh polis secara ex parte.
Apabila Rasululullah s.a.w menghantar Syaidina Ali r.a menjadi Hakim di
Yaman antara pesanan Baginda s.a.w kepada Imam Ali r.a adalah jika ada
pihak-pihak yang datang mengadu ( kes) kepada beliau ( Ali ) maka beliau
dilarang membuat keputusan sehingga beliau mendengar dari pihak yang
sebelah lagi.
Dalam undang-undang pentadbiran ini mendengar dua-dua
pihak dinamakan 'audi alteram partem' yang menjadi asas utama prinsip
keadilan semulajadi ( natural justice).
Untuk Majistret yang berikan perintah melarang rakyat berhimpun secara
aman di Dataran Merdeka pada 28 April ingatlah kamu tidak akan sama
sekali terlepas dari keadilan Allah di akhirat kelak!
Kita juga hairan sejak bila pula membantah piliharaya kotor menjadi satu
kesalahan sehingga Datuk Bandara Kuala Lumpur yang dibayar gaji dengan
wang rakyat bertungkus lumus mencari 1001 alasan untuk tidak membenarkan
rakyat melalui Bersih untuk duduk bantah.
Dataran Merdeka milik rakyat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL )
hanya penjaga dan bukannya pemilik Dataran Merdeka. Untuk Datuk Bandar
KL kita ingin mengingatkan kata-kata Imam Ali r.a kepada Malik Al-Asytar
r.a ( yang dilantik sebagai gabenor di Mesir )
" tanamkan dalam hati kamu rasa belas ehsan ke atas rakyat di bawah
kamu, sayangi mereka dan berlaku baik ke atas mereka..kerana mereka ada
dua kategori iaitu saudara kamu seagama dan saudara kamu yang dicipta
oleh Allah..kesalahan datang dari mereka, kelemahan muncul dari mereka
sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Oleh itu berikan mereka
kemaafan sebagaimana Allah memaafkan kesalahan kamu..kerana kamu adalah
di atas mereka dan mereka yang melantik kamu berada di atas kamu dan
Allah berada di atas orang yang melantik kamu ..dan melalui rakyat Allah
menguji kamu.' ( lihat buku "the sacred foundations of justice in Islam
di m.s 85 )
Jika program-program yang lain termasuk program bersifat 'laghah' boleh
dibenarkan oleh Dato' Bandar dan DBKL sebelum ini mengapa program duduk
bantah secara aman untuk tempoh 2 jam tiba'tiba menjadi isu besar-
mengancam keselamatan negara jika diteruskan!
Bukankah lebih elok jika Dato Bandar atau DBKL atau pihak polis berterus
terang kepada rakyat bahawa mereka adalah 'ejen' Umno dan mereka hanya
menjadi 'jurucakap' Umno.
Sekurang-kurangnya dengan bercakap begitu
kita boleh menghormati mereka kerana berterus-terang!!
Sebenarnya keganasan polis amat tidak perlu pada 28 April yang lalu.
Jika rakyat dibenarkan berhimpun secara aman di Dataran Merdeka apa
perlu polis ditugaskan di sana pada tarikh dengan jumlah yang ramai.
Tugas rasmi polis menentang penjenayah dan bukan menjadi penjenayah
dengan bertopeng uniform polis. Sedarlah Najib dan Umno hari di mana
kamu menjadikan rakyat yang menyokong Bersih sebagai musuh kamu adalah
hari di mana Kerajaan kamu mula menghitung saat kehancurannya. Teruslah
bermusuh dengan rakyat jika kamu rasakan kamu terlalu hebat!!!
Delete ReplyReply ForwardMovePrint Actions NextPrevious


0 orang berkata:
Post a Comment