Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, May 7, 2013

Utusan, Najib guna isu perkauman tutup kecurangan pilihan raya - (Oleh Aisha Geoffrey)

Keadilan Daily's photo.

Photo: Utusan, Najib guna isu perkauman tutup kecurangan pilihan raya

(Oleh Aisha Geoffrey)

PETALING JAYA 7 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan Datuk Seri Najib Razak dan media kawalannya, Utusan Malaysia kerana menggunakan sentimen perkauman untuk menutup kecurangan mereka dalam pilihan raya.

Anwar mengulas isu sentimen perkauman terhadap kaum Cina yang dimainkan pimpinan dan media Umno sejak selesai pilihan raya Ahad lalu.

"Najib dan pemerintahannya yang tidak sah sekarang telah melakukan dua kesilapan besar. Menipu pilihan raya dan menggunakan sentimen perkauman untuk menutup kecurangan mereka.

"Utusan adalah alat kawalan Umno, Utusan bertindak mengikut arahan pegawai kepada Presiden Umno. Kali ini mereka memainkan isu perkauman dan malangnya ia direstui oleh semua pimpinan Umno," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Pagi ini muka depan Utusan memaparkan berita utama bertajuk 'Cina mahu apa lagi?' Akhbar Kosmo memaparkan tajuk berita utama 'Pengundi Cina bersikap talam dua muka'.

Manakala akhbat Berita Harian menyiar petikan kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam bahawa 'Cina tak mengenang budi'

Tindakan itu mendapat kritikan pengguna internet dan media sosial facebook.

Dalam pada itu Anwar menegaskan, Najib Razak dalam pilihan raya kali ini telah melakukan dua kesilapan besar iaitu menipu sistem demokrasi dan menggunakan isu perkauman.

"Najib menyebut tentang 'tsunami Cina', saya tolak kenyataan itu. Kita tak boleh guna isu begitu untuk hangatkan suasana kaum," tegasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.