Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Umcedel: BR1M penyumbang kemenangan BN
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
16 Mei 2013
PRU13
PRU13
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kekuasaannya pada hari ini kerana faktor Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menurut hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

obama spends money animated gif : Random Funny Picture | Funny


Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, pemberian BR1M mendorong rakyat untuk terus memilih BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.

"Senjata paling berkesan BN ialah BR1M," katanya pada Seminar Pasca PRU13 : Ke Arah Mana Politik Malaysia, di Universiti Malaya (UM), di sini, hari ini.

Menurut Redzuan, hasil kajian yang dilakukan pihaknya mendapati, ia faktor penyumbang paling penting kemenangan BN terutama di kawasan-kawasan pedalaman dan Felda.

"Tetapi di kawasan Lembah Pantai misalnya hanya 54 peratus," ujar beliau lagi.

Kajian yang dilakukan pihaknya membabitkan 1,407 responden daripada pelbagai latar belakang mendapati, 75 peratus menyatakan sokongan terhadap BN apabila BR1M diberikan untuk kali pertama pada 2012.

"Di kawasan BN sambutan BR1M sehingga 80 peratus manakala di kawasan pembangkang 60 peratus.

"Manakala di kawasan Felda memberi kelebihan kepada BN. Generasi pertama dan kedua yang tinggal di kawasan Felda begitu 'toktok' terhadap BN, melainkan mereka yang tinggal di luar," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.