07 Jun, 2013
Ahli Parlimen Pakatan Akan Boikot Taklimat Parlimen
KUALA LUMPUR, 7 Jun — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan
memboikot taklimat Parlimen Selasa depan sebagai tindakan simbolik untuk
menunjukkan ketegasan mereka untuk mendesak reformasi pilihan raya.
Anthony Loke (gambar) dari DAP mengesahkan keputusan itu, dibuat awal
minggu ini oleh Majlis Pimpinan PR, dan mengatakan langkah itu hadir di
belakang rentetan perhimpunan diadakan di seluruh negara untuk memprotes
Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan penipuan untuk memenangi
Pilihan Raya 2013.
Beliau mengatakan gabungan itu juga merancang
perhimpunan raksasa di Padang Merbok Sabtu minggu hadapan dan menghadiri
taklimat itu dilihat bercanggah dengan tujuan perhimpunan.
“Majlis Pimpinan PR merasakan kita perlu mengenakan tekanan sebanyak
mungkin yang kita boleh lakukan bagi memastikan kerajaan memberi respon
kepada tuntutan kita untuk reformasi pilihan raya.
“Jadi pada ketika ini, kita rasa kita tidak perlu hadir taklimat itu…
pada masa sama, kita merancang perhimpunan besar, jadi, pada masa sama,
kita tidak harus hadir taklimat itu,” katanya apabila dihubungi di sini.
Ahli Parlimen Seremban itu walau bagaimanapun menegaskan kegagalan untuk
hadir taklimat itu tidak akan menjejaskan kedudukan wakil rakyat PR di
Parlimen kerana kedatangan adalah tidak wajib.
Beliau menerangkan taklimat itu bermaksud untuk ahli Parlimen penggal
pertama diberikan penerangan mengenai perkara teknikal termasuk peranan
di Dewan Rakyat seperti bagaimana untuk membuat usul, undang-undang
Standing Order dan urusan pentadbiran lain.
Apabila ditanya apakah kepimpinan PR merancang untuk melanjutkan boikot
mereka sehingga sidang Parlimen pertama pada 26 Jun ini walau
bagaimanapun, Loke berkata, “Saya tidak fikir begitu.”
Ahli Parlimen Pandan PKR Rafizi Ramli juga mengesahkan beliau telah
dimaklumkan mengenai boikot taklimat tetapi mengatakan ia tidak
bermaksud untuk menjadi langkah publisiti oleh pakatan pembangkang
persekutuan.
Pendangan beliau senada dengan Loke, mengatakan PR masih lagi di
tengah-tengah kempen menentang penyelewengan didakwa dilakukan oleh
pihak berkuasa dalam Pilihan Raya 2013.
“Kita juga tidak mahu memberikan peluang kepada BN untuk mengubah maksud
dan berkata PR menentang penipuan dan membawa bukti kepada orang awam,
kami juga bersemangat untuk menjadi ahli Parlimen.
“Tetapi bagaimanapun, ia hanyalah taklimat pentadbiran… tumpuan kami
adalah melawan penipuan untuk reformasi sebenar dalam sistem,” katanya.
Pemimpin PR telah mendakwa Pilihan Raya 2013 dipenuhi dengan kecurangan,
bermula dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal sehingga
percanggahan dalam daftar pengundi dan penipuan secara terang-terangan
pada hari mengundi itu sendiri melalui dakwaan penggunaan pengundi hantu
dan bekalan elektrik terputus.
Sebaik sahaja pilihan raya 5 Mei berakhir, Rafizi membuat beberapa siri
pendedahan apa yang beliau dakwa sebagai penipuan sebagai tekanan
daripada pembangkang untuk kepada Putrajaya untuk melakukan reformasi
pilihan raya, bermula dengan melengkapkan pembaharuan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).
Pengarah Strategi PKR juga mendedahkan baru-baru ini ketiga-tiga parti
PR mengesahkan untuk memfailkan 41 petisyen pilihan raya — tiga oleh
DAP, 20 oleh PKR dan 18 oleh PAS — sebelum tarikh akhir 12 Jun.
Menurut Rafizi, sekurang-kurangnya 30 kerusi perlu diadakan pilihan raya
semula kerana terdapat manipulasi undi yang tinggi di kawasan-kawasan
pilihan raya ini. PR telah menang 89 kerusi berbanding BN 133 dalam
pilihan raya 5 Mei.
Akan tetapi selain daripada petisyen di mahkamah, PR dan kumpulan
masyarakat sivil lain telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran
selepas 5 Mei untuk mendesak agenda reformasi, meletakkan tiga syarat
utama dengan pertama mensyaratkan peletakkan jawatan semua anggota SPR
kerana kegagalan untuk memastikan Pilihan Raya 2013 bebas dan adil.
Perhimpunan “Black 505” seperti yang digelar, juga dikhaskan sebagai
gerakan untuk membantah kecurangan seperti didakwa PR semasa pilihan
raya, menyaksikan BN terus berkuasa walaupun kehilangan undi popular. ~the malaysian insider



0 orang berkata:
Post a Comment