Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

09 Jun, 2013

Akta Derhaka, Malaysia Di Cop Sebagai Ekstrem - Rafizi

KUALA LUMPUR 8 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, penggubalan undang-undang untuk membentuk akta baru bagi menghukum pesalah yang terbabit dengan penderhakaan kepada raja akan memberi impak negatif kepada negara termasuk ‘dicop’ sebagai ekstrem.
Katanya, akta baru itu tidak perlu dibentuk sepertimana yang dicadangkan oleh seorang bekas hakim kerana Akta Hasutan 1948 mencukupi untuk menghukum individu yang bersalah berkaitan penghinaan terhadap Yang di Pertuan Agong.
“Tak perlu akta baru. Akta Hasutan sudah ada peruntukan untuk undang-undang kepada penderhaka dan akta tersebut sebenarnya perlu dihapuskan.
“Tak mungkin disebabkan segelintir individu yang mempunyai fikiran berlainan, berbeza pendapat kita nak buat akta baru yang bagi pengaruh kepada orang asing yang akan anggap kita semakin ekstrem,” katanya dipetik.
Kelmarin, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan penggubalan undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada raja.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, tindakan perlu diambil kepada penderhaka jika ada bukti-bukti yang mencukupi dan pihak berkuasa juga perlu adil dalam melaksanakan tugas.
“Ada dua pertimbangan untuk pesalah diambil tindakan. Pertama dari segi undang-undang di mana apa yang ditulis ada perkiraan undang-undang, perlu ada siasatan dan sebagainya.
“Kedua, keadilan jangan berat sebelah. Ada banyak ‘posting’ di laman facebook yang bersifat menghina, perkauman dan sebagainya, semua ini perlu dikenakan tindakan yang sama,” kata Rafizi. ~keadilandaily

1 orang berkata:

Anonymous said...

kena tutup mulut kemas2, tak blh tegor, tak boleh beri pandangan walau pun melanggari hukumhakam ALLAH. manusia lagi hebat dr ALLAH. ALLAH yg menjadikan manusia atau manusia yg menjadikan ALLAH? HEBAT, itulah ISLAM tajaan kerajaan 1malaysia yg dianuti oleh sebahagian drp org melayu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.