Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, June 7

ANEH sungguh tindakan kerajaan Turki nih [Saksikan...]

Kerajaan Turki minta maaf dengan penunjuk perasaan?
Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Dalam promo berita TV Awani 7. 45 petang tadi ada dilapurkan bahawa kerajaan Turki meminta maaf kepada penunjuk perasaan yang cedera, walaupun penulis tidak mendengar lapuran penuh berita itu yang disiarkan oleh TV Awani jam 7.45 petang tadi tetapi penulis ada rasa kepelikan dengan permohonan maaf kerajaan Erdogan ini.

Kerana di Malaysia sepanjang terjadinya perhimpunan aman yang ditaarifkan kerajaan sebagai haram(sama dengan tunjuk perasaan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Turki), tidak pernah sekali kerajaan Malaysia memohon maaf kepada penunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan yang berlaku di Turki hanya berpunca dari bantahan sekumpulan pencipta alam ke atas keputusan membangunan komplek perniagaan di tapak sebuah taman. Itu saja yang mencetuskan demostrasi yang kelihatan besar tetapi Erdogan mengatakan penunjuk perasaan itu minoriti, kalau mereka boleh mengumpulkan 100k orang maka Erdogan mendakwa bila bila masa saja akan mampu mengumpulkan 200k orang.

Konfidennya Erdogan dalam menangangi tunjuk perasaan itu tetapi akhirnya kerajaan turut meminta maaf kepada penunjuk perasaan. Bagaimana pula kerajaan Malaysia? Pernahkah mereka meminta maaf kepada penunjuk perasaan yang disembur gas pemedih mata dan air warna seperti di Turki?

Dalam satu kejadian di Kuala Terengganu yang sudah menjadi sejarah, dua orang pemuda ditembak oleh polis dan kemudiannya didakwa serta tidak dibenar ikat jamin. Inilah layanan kerajaan Malaysia walaupun isu yang diperjuangkan jauh lebih besar berbanding dengan isu di Turki.

Di Malaysia, isunya pilihanraya yang bersih dan penipuan pilihanraya. Inilah dua isu besar yang menyebabkan rakyat berhimpun atau dalam bahasa kerajaan demostrasi jalanan atau perhimpunan haram. Dalam perhimpunan membantah penipuan pilihanraya tiada kekecohan yang berlaku tetapi beberapa pemimpinnya ditangkap dan didakwa. Sementara dalam perhimpunan BERSIH dalam tiga siri, ada yang cedera dipukul polis, ada yang ditangkap dan didakwa dan ramai yang disembur gas pemedih mata serta air warna warni.

Tiada permohonan maaf dari kerajaan Malaysia. Di Turki walaupun isu yang dibawa itu hanyalah isu remeh temeh, dan kerajaan kelihatan terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan air warna, tetapi yang hebatnya kerajaan Turki ialah memohon maaf, memohon maaf atas kesedaran yang berdemo itu juga ialah rakyat Turki.

Bila lagi kerajaan Malaysia yang dinobatkan dalam keraguan yang terlalu banyak dan majoriti yang menyokong berkurangan, akan memohon maaf kepada rakyat yang dinafikan hak memilih kerajaan dan berhimpun seperti yang diberikan oleh perlembagaan."

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.