Ku Nan nasihat penganjur batal himpunan di Padang Merbok
8 Jun 2013
Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan
Mansor menasihatkan penganjur perhimpunan di Padang Merbok pada 15 Jun
ini agar membatalkan hasrat itu kerana kawasan berkenaan bukanlah lokasi
yang sesuai untuk berbuat demikian.
Menyifatkan ia terlalu terbuka dan boleh mengundang kesesakan, beliau
menasihatkan agar kawasan lain dipilih jika mereka berhasrat meneruskan
perhimpunan berkenaan.
"Pada saya, Padang Merbok terbuka dan kita tidak boleh beri kepada
mereka (untuk melakukan perhimpunan). Kita ada undang-undang, bukannya
tiada. Jadi, mereka perlu akur akan undang-undang itu dengan memilih
tempat lain.
"Kalau nak Stadium Merdeka contohnya, cakap sahaja dengan tuan punya,
begitu juga Stadium Bukit Jalil," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan
bersama Agensi hari ini.
Beliau mengulas penganjuran perhimpunan 'Black 505' oleh pembangkang
pada 15 Jun ini di Padang Merbok, yang terletak di bawah bidang kuasa
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. - Bernama


0 orang berkata:
Post a Comment