Pemuda MCA selar Anwar
9 Jun 2013
Wee Ka Siong
SHAH ALAM - Pemuda MCA menyelar tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang tidak menghantar soalan pada sesi pembukaan Parlimen
pada 24 Jun ini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13.
Ketuanya, Datuk Dr Ir Wee Ka Siong berkata, tindakan Anwar itu seolah-olah gagal mewakili mandat rakyat di kawasan yang ditandinginya.
Beliau menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai sandiwara bagi mendapatkan simpati orang ramai.
“Sebelum ini, PR sering menyerang MCA dengan mengatakan kami sering berdiam diri dalam isu-isu tertentu.
“PR juga selalu dakwa mereka juara demokrasi dan mewakili suara mereka yang tidak didengari. Tetapi, dengan tidak menghantar soalan, Anwar memperlihatkan bahawa PR pilih kasih,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Ka Siong, yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, perbahasan di Parlimen membenarkan anggota dewan, tidak kira daripada parti mana, mengemukakan persoalan berhubung sebarang isu atau dasar kerajaan.

0 orang berkata:
Post a Comment