10 Jun, 2013
Patutlah Zahid Hamidi Menang Di Parlimen Bagan Datoh.. Ini Rahsianya
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang
ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum
ke-13, dakwa PKR.
Pengarah Strateginya Rafizi Ramli berkata, seperti dalam video yang
diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras
kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,000.
Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi
berkata, berdasarkan itu, partinya akan memfailkan petisyen pilihan raya
berhubung perkara itu minggu ini.
Beliau berkata akan mendedahkan lebih lanjut bukti berkaitan dalam sidang media yang lain pada Rabu ini.
PKR memberi isyarat memfailkan 18 petisyen manakala Pakatan keseluruhannya sebanyak 35 petisyen.
Malaysiakini masih belum boleh dapat menonton video itu atau menghubungi
menteri berkenaan atau pembantunya bagi mendapatkan penjelasan
berhubung dakwaan itu. ~malaysiakini



0 orang berkata:
Post a Comment