Monday, June 10, 2013
@NajibRazak Perlu Siapkan Bloggers & Jentera - @MuhyiddinYassin Mungkin Cabar Kerusi Presiden!
Walaupun beberapa pihak termasuk Pemuda UMNO yang bermesyuarat tempoh hari menggesa jawatan no.1 dan no.2 UMNO tidak dipertandingkan bagi menggelakkan perpecahan dalaman.
Gesaan itu nampaknya ditolak oleh ramai pihak, ini kerana cadangan untuk tidak pertandingkan jawatan tertinggi UMNO memperlihatkan plan transformasi parti yang diilhamkan oleh PM tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Lebih-lebih lagi sistem kouta yang dimansuhkan oleh DS Najib telah membuatkan ahli UMNO tidak sabar untuk menggunakan hak mereka memilih pemimpin yang dirasakan layak.
Pada tahun 2009 DS Najib Tun Razak bertindak menghapuskan kouta pencalonan daripada bahagian-bahagian sekaligus membolehkan sesiapa yang hendak bertanding hanya perlu mendaftarkan nama sahaja.
Manakala mereka yang mengundi pula tidak lagi melibatkan para perwakilan seramai 2,500 perwakilan sahaja, sebaliknya ia diperluaskan kepada 146,500 perwakilan daripada 161 bahagian UMNO seluruh negara.
Jelas ia membuktikan DS Najib Razak pemimpin UMNO yang berjiwa besar dan berani berhadapan dengan pertandingan.
DS Najib Tun Razak Perlu Siapkan Jentera
Memerhati isi penulisan bloggers seperti kumpulan 'Blog House', saya ingin mengingatkan PM agar turut mempersiapkan jentera serta jangan bersikap selesa dengan omongan pihak-pihak tertentu konon menyokong penuh beliau menduduki kerusi no.1 UMNO.
Kerana ini skrip lama, Pak Lah dulu sudah terkena!
Kita tidak lupa kewujudan pasukan 'Kami Sayang Pak Lah' yang lantang bersuara dan menjerit serta berikrar untuk pertahan dan menyokong kepimpinan Pak Lah tapi lesap tanpa khabar berita.
Lebih-lebih lagi tekanan Tun M ekoran kegagalan Pak Lah mempertahankan majoriti 2/3 dalam PRU12.
Pak Lah yang perolehi sebanyak 140 kerusi parlimen dalam PRU12 berhadapan dengan tekanan 'Maha Hebat' - DS Najib Tun Razak pula baru saja menuai hasil dalam PRU13 yang begitu buruk walaupun kerusi yang diwakili UMNO memperlihatkan penambahan.
Adakah DS Najib akan dibiarkan selesa?
Saya melihat dua perkara mungkin berlaku iaitu - pertama peluang DS Najib Tun Razak untuk kecundang adalah tinggi berdasarkan keputusan PRU13.
Manakala yang kedua peluang untuk perwakilan memilih beliau terus menerajui UMNO ke arah transformasi berdasarkan peningkatan kerusi milik UMNO sebanyak 109 daripada 133 kerusi yang dimenangi hanyalah 50/50.
Pun begitu tidak cukup untuk DS Najib Tun Razak mengharapkan 'keajaiban' serta meletakkan kepercayaan kepada 146,500 perwakilan tanpa menggerakkan serta menempatkan jenteranya. Bloggers-bloggers dilaporkan sudah meletakkan diri mereka di posisi tertentu.
Kerana rekod silam pemilihan UMNO pernah memperlihatkan tumbangnya Allahyarham Tun Ghaffar Baba adalah kerana terlalu yakin dengan kata-kata Anwar Ibrahim konon tidak sesekali akan lawan dan khianat Tun Ghaffar.
Namun apabila hampir dengan Perhimpunan Agung secara tiba-tiba Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan untuk melawan Tun Ghaffar kononnya keputusan tersebut dibuat atas kehendak ahli akar umbi.
Maka tersungkurlah Allahyarham Tun Ghaffar dek kerana pada waktu itu beliau tidak membuat sebarang persiapan kerana termakan dengan kata-kata Anwar Ibrahim.
Bagaimana DS Najib Tun Razak adakah sudah kejut jenteranya yang masih tertidur di Pekan?
Siapa kumpulan bloggers yang akan membantu menangkis serangan ke atas susuk tubuh PM yang bakal dilancarkan pada bila-bila masa dari sekarang.
Tidak salah rasanya DS Najib mempersiapkan jentera sebagai langkah persediaan. Manalah tahu tiba-tiba satu ungkapan untuk mencabar kerusi no.1 UMNO keluar dari bibir TS Muhyiddin Yassin.
Selain itu terdapat juga ura-ura bahawa Tan Sri Annuar Musa dan Tan Sri Isa Samad mahu melawan kerusi Naib Presiden UMNO.
Berdasarkan rekod atas kertas kumpulan 'Blog House' sudah tentu akan berkempen bagi memastikan calon yang dianggap 'Tun M's Choice' menang kerusi Presiden UMNO. Setakat ini hanya TS Muhyiddin Yassin merupakan 'Tun M's Choice' untuk menyingkirkan DS Najib Tun Razak dari kerusi Presiden UMNO.
Saya juga nampaknya perlu posisikan diri saya selaku bloggers UMB untuk membantu mempertahankan Presiden UMNO DS Najib Tun Razak...
YY : Masa untuk Bro Najib "act now, think later..."



0 orang berkata:
Post a Comment