Panik diserbu
10 Jun 2013
KUALA LUMPUR - Lebih 50 pengunjung kelab malam di Jalan Klang lama,
gempar apabila sepasukan anggota polis menyerbu pusat hiburan itu, awal
pagi kelmarin.
Serbuan pada jam 3 pagi itu melibatkan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Bukit Aman.
Difahamkan, sebahagian daripada pengunjung yang terkejut ketika serbuan dilakukan pihak berkuasa itu cuba melarikan diri daripada diperiksa.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, berkata, pihaknya berjaya menahan dan memeriksa 57 individu termasuk 12 anggota unit beruniform yang berada di dalam pusat hiburan itu.
Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing, seramai 18 individu didapati positif mengambil pelbagai jenis dadah.
“Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun. Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)a Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment