Pas fail petisyen bagi Dun Air Lanas, Kok Lanas
10 Jun 2013
KOTA BHARU - Dua wakil calon Pas memfailkan petisyen pilihan raya bagi
kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Lanas dan Dun Kok Lanas bahawa
keputusan PRU13 bagi kedua-dua kerusi pada 5 Mei lepas adalah tidak sah.
Mustapha Deris, 55, wakil Abdullah Ya'kub memfailkan petisyen itu bagi kerusi Dun Air Lanas manakala Shaberi Mohd Zin, 57, yang mewakili calon Pas Nik Mahadi Nik Mahmood bagi Dun Kok Lanas.
Kedua-dua petisyen difail melalui Hisham Fauzi Associates dan diserah kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noor Haslinda Che Seman pada 2 petang.
Pada pilihan raya umum itu, calon Barisan Nasional (BN) Dun Air Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, 0 mengalahkan Abdullah dengan majoriti 795 undi. Mustapa turut memenangi kerusi Parlimen Jeli.
Calon BN Dun Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad pula menewaskan Nik Mahadi dengan majoriti 580 undi.
Petisyen pilihan raya Dun Air Lanas menamakan Mustapa, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Air Lanas Abdul Manan Ali dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden manakala bagi Kok Lanas, Shaberi menamakan Md Alwi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Kok Lanas Adnan Hussin dan SPR sebagai responden.
Bercakap kepada pemberita, peguam Hisham Fauzi berkata petisyen bagi Dun Air Lanas difail kerana terdapat beberapa bukti berlaku sogokan pada pilihan raya itu manakala bagi Kok Lanas, pengundian awal dan undi pos diragui ketelusannya serta sogokan.
Beliau berkata pihaknya akan memfailkan tiga lagi petisyen esok melibatkan Parlimen Ketereh, Parlimen Machang dan Dun Selising. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment