Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, June 8, 2013

Dengar sini wahai rakyat jelata, Raja Bodek Al Haram Wal Jadah bertitah

Dengar sini wahai seluruh rakyat jelata,
Dengan ini dikhabarkan Raja Bodek Al Haram Wal Jadah bertitah;
Datuk Zulkifli Noordin
Mahkamah khas dan pendakwa raya khas perlu diwujudkan untuk mendakwa "penderhaka" jika kerajaan berminat untuk menggubal undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada raja.

Peguam dan juga ahli politik Datuk Zulkifli Noordin berkata, wujudnya jawatan baru ini akan dapat mengelakkan wujudnya konflik kepentingan kerana Pejabat Peguam Negara mewakili kerajaan manakala pendakwa raya khas itu boleh mewakili institusi diraja.
    
"Tidak sesuai jika Peguam Negara menjalankan pendakwaan bagi pihak raja," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
   

Beliau menyokong cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang mahu kerajaan mewujudkan satu undang-undang khas mengenai kesalahan derhaka kepada raja.
    
Katanya, sistem perundangan Malaysia perlu diubah untuk disesuaikan dengan undang-undang penderhakaan ini.

"Sudah sampai masanya pendakwaan dibuat oleh seorang pegawai undang-undang yang mahir dalam perundangan kerana selama ini, kadang-kala pendakwaan dibuat oleh pegawai polis dan ini mempunyai beberapa kelemahan," katanya.
    
Katanya, sehingga sekarang, tidak ada satu pun peruntukan undang-undang yang membicarakan secara khusus mengenai kesalahan penderhakaan.
    
Sekarang ini, mereka yang dikatakan menderhaka akan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 atau pun di bawah Kanun Keseksaan, katanya.
    
"Masalahnya undang-undang sedia ada sekarang ini tidak mempunyai definisi khusus tentang kesalahan penderhakaan ini," katanya.
    
Zulkifli juga melontarkan idea bahawa satu mahkamah Khas diadakan untuk membicarakan kes-kes penderhakaan yang dianggap serius dan hukuman yang dikenakan mestilah berat supaya rakyat tahu kepentingan kuasa raja.

Cadangan untuk penggubalan undang-undang khas ini mula timbul selepas beberapa kes penghinaan rakyat ke atas institusi raja negara ini ekoran kegagalan orang ramai memahami kuasa dan fungsi raja bagi Malaysia.

- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.