Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Sesat ketika beriadah
Wartawan Sinar Harian
10 Jun 2013
SHAH ALAM - Keseronokan tiga sahabat beriadah membawa padah apabila seorang daripada mereka hilang, selepas memasuki hutan Bukit Saga, Ampang, pagi kelmarin.

Ketiga-tiga sahabat itu difahamkan memasuki hutan terbabit melalui Jalan saga 28, Taman Saga pada jam 11 pagi.

Bagaimanapun, mangsa, P Kalaichelvan, 25, dilaporkan terpisah dengan dua rakannya ketika hendak keluar dari hutan terbabit.

Mangsa yang berbadan gempal dipercayai berhenti rehat, sebelum terpisah dengan rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kedua-dua rakan mangsa yang selamat keluar dari hutan dan membuat laporan di Balai polis Ampang, kelmarin.

Beliau berkata, polis juga menerima panggilan daripada mangsa kira-kira jam 5.50 petang menyatakan sesat di hutan tersebut.

"Gerakan mencari dijalankan kira-kira jam 6.30 petang kelmarin oleh bomba dan anggota tugas-tugas am.

"Bagaimanapun kita terpaksa tangguhkan operasi pada jam 11 malam dan disambung semula jam 7 pagi tadi (semalam)," katanya.

Menurutnya, mangsa berjaya ditemui selamat kira-kira jam 6 petang semalam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.