7/06/13
Situasi buntu untuk demo Padang Merbok

PKR selalu terperangkap dengan keadaan
buntu apabila menganjurkan sesuatu perhimpunan ekoran pemilik tempat dan
polis masing-masing mahukan izin sebelah lagi pihak sebelum memberikan
lampu hijau.
Terbaru, polis Dang Wangi dilaporkan
berkata, permohonan PKR untuk mengadakan perhimpunan ‘Black 505' di
Padang Merbok Kuala Lumpur pada 15 Jun ini tidak lengkap kerana tiada
kebenaran daripada pemilik tempat.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramlli
berkata, berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini, polis mahukan
kelulusan pemilik tempat sebelum kebenaran diberikan; manakala pemilik
tempat pula mahukan kebenaran polis terlebih dahulu.
"Keadaan ini mencipta halangan yang
tidak perlu dan bertentangan dengan semangat Akta Perhimpunan Aman, yang
mana isu kebenaran polis tidak timbul," katanya ketika dihubungi
semalam.- mkini


0 orang berkata:
Post a Comment