12 Julai 2013
Dataran Raba'ah sesak, himpunan raksasa hari ini
3 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
MESIR:Puluhan
juta para penyokong Dr Muhammad Morsi dari seluruh Mesir dijangka akan
memenuhi bandar Kaherah hari ini ekoran pengumuman himpunan raksasa oleh
pertubuhan Gabungan Kerjasama Kebangsaan yang dianggotai puluhan
pertubuhan dan parti politik.
MESIR:Puluhan
juta para penyokong Dr Muhammad Morsi dari seluruh Mesir dijangka akan
memenuhi bandar Kaherah hari ini ekoran pengumuman himpunan raksasa oleh
pertubuhan Gabungan Kerjasama Kebangsaan yang dianggotai puluhan
pertubuhan dan parti politik.
Himpunan tersebut dijadual bermula sejurus selesai solat Jumaat ini dan epat lokasi telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.
Ianya termasuk Medan Raba'ah Adawiyyah (Madinah Nasr) yang menjadi pusat
himpunan sejak rampasan kuasa oleh tentera seminggu lalu yang turut
menyaksikan pembunuhan puluhan penyokong Morsi dalam tragedi 'Subuh
berdarah'.
Selain
itu, tiga lagi tempat termasuk Bangunan Stesen Radio dan Televisyen
Mesir (Masbero), Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza) dan
Dataran Nahdah, Giza.
(Pandangan dari atas jutaan penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tadi yang bersedia untuk himpunan rasaksa hari ini)
Himpunan hari ini juga diberi nama Jumaat "Az-Zihaf" atau "Jumaat Kemaraan".
Ekoran
himpunan besar-besaran hari ini, Dataran Raba'ah sejak malam tadi sesak
dengan lautan manusia yang berpusu-pusu hadir untuk himpunan tersebut.
Beberapa
media antarabangsa menganggarkan sudah lebih 4 juta penyokong Morsi
berada di Dataran Raba'ah sejak berlakunya tragedi Subuh berdarah Isnin
lalu.
Difahamkan, menjelang Subuh pagi ini, Dataran Raba'ah tidak dapat lagi menampung jumlah kehadiran yang begitu ramai.
Jutaan penyokong Morsi khususnya dari luar wilayah Kaherah kini didakwa sedang mara menuju ke kawasan himpunan yang ditetapkan.
Petang semalam turut menyaksikan pihak penganjur mengadakan persiapan secukupnya di dataran Raba'ah.
Antaranya
dengan menambah pembesar suara, menukar "back drop" pentas utama dengan
tertera tema "Demokrasi Menolak Rampasan Kuasa" dan memasang banner
dalam bahasa asing di sekitar dataran bagi menyampaikan mesej kepada
dunia apa yang berlaku di Mesir.
harakahdaily/-
0 orang berkata:
Post a Comment