Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

16 Julai, 2013

Bekas Hakim Tempelak Menteri

KUALA LUMPUR - Cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, menurut Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.

Menyatakan pandangannya mengenai kesahihan IPCMC di bawah Perlembagaan Persekutuan, bekas Pengerusi Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu membuat rujukan kepada Perkara 140. "Perkara 140 itu memperuntukkan bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi Suruhanjaya Pasukan Polis menjalankan kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan polis dengan cara dan kuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang itu.

"Oleh itu, tidak ada sebarang keraguan tentang ketekalan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau membuat komen susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi bahawa cadangan penubuhan IPCMC akan mengakibatkan 'pertindihan bidang kuasa dan undang-undang dalam kalangan agensi penguatkuasa' dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan serta bertentangan dengan konsep keadilan.

Berdasarkan niat untuk memudahkan perdebatan yang lebih bijak mengenai IPCMC, Mohamed Dzaiddin memetik beberapa petikan Laporan Siasatan Suruhanjaya PDRM yang menyatakan bahawa:

"Salah satu cara berkesan untuk memastikan doktrin, undang-undang, peraturan dan prosedur dipatuhi dan dilaksanakan adalah dengan penubuhan badan pengawasan luar. Kaedah ini telah diterima pakai oleh banyak sistem kepolisan moden di mana pengalaman membuktikan mekanisme dalaman semata-mata tidak memadai, tidak boleh dipercayai dan sering tidak berkesan."

Laporan 2005 itu, seperti yang dipetik oleh Mohamed Dzaiddin, juga berkata bahawa: "Tujuan: IPCMC hendaklah menjalankan pengawasan PDRM dan dalam hal ini melaksanakan fungsi-fungsi utama seperti berikut:

# Menerima dan menyiasat aduan mengenai PDRM dan anggotanya.
# Mencegah, mengesan dan menyiasat rasuah dan salah laku serius dalam PDRM.
# Mencadangkan langkah-langkah kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri bagi
meningkatkan integriti polis, mengurangkan salah laku dan membina keyakinan
orang awam terhadap PDRM.

Laporan itu seterus menyebut bahawa 'IPCMC akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pasukan Polis dan Bahagian Tatatertib PDRM.' ~bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.