Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

2013/07/18

BILA KHAIRY KJ MULA MENEMBAK:SIAPA AKAN CEDERA?SAKSIKAN

KUALA LUMPUR: Ramai pemimpin Umno berharap timbalan presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak termakan dengan umpan ketua pemudanya, Khairy Jamaludin yang memberikan amaran kekalahan BN di Kuala Besut akan menggugat kedudukan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Sumber Umno menghubungi Harakahdaily setelah membaca kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Muhyidin tidak wajar jatuh dalam perangkap ini.

“Harap Tan Sri Muhyiddin tidak makan umpan Khairy. Pengarah pilihanraya kecil Kuala Besut ialah dia dan bukannya Najib. Jangan cuba ambil peluang ini untuk menjatuhkan Najib. Kerana sekiranya tewas, Najib akan salahkan dia dan bukan Najib dipersalahkan,” ujar sumber Umno kepada Harakahdaily.

Di parlimen semalam, Ketua Pemuda Umno itu meramalkan keadaan akan menjadi tidak menentu sekiranya PAS berjaya merampas kerusi Kuala Besut menjadikan kedua-dua parti menguasai jumlah kerusi yang sama banyak iaitu 16-16.

"Sekiranya kita tewas di sini, dan kalau sekiranya ada pilihan raya negeri Terengganu dan DUN Terengganu dibubarkan, satu gelombang – bukan biru – tetapi suatu gelombang, suatu gerakan, suatu goncangan akan berlaku sampai ke Dewan Rakyat.

"Dan kita tak mahu melihat kedudukan BN, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pengerusi BN, presiden Umno digugat, oleh kerana apa yang berlaku di Kuala Besut.

"Oleh demikian saya merayu. Saya merayu dan saya mengajak anak muda Kuala Besut sepaya memastikan kemenangan, bukan hanya Kuala Besut, bukan hanya masa depan Kuala Besut, bukan hanya pembangunan Kuala Besut, tetapi memastikan BN terus memerintah Malaysia," katanya.

Sumber Umno tersebut turut bertanya pada Harakahdaily samada telah membaca artikel terbaru John Berthelsen di Asia Sentinel.

John mendakwa kini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin sedang menguasai Umno dan Najib kini semakin tidak berkuasa.

Menurut sumber yang diperoleh beliau, rata-rata ahli Umno berpendapat politik perkauman Mahathir yang menyelamatkan Umno-BN di PRU13.

Sebaliknya, mereka merasakan tema 1Malaysia Najib yang cuba mencari undi bukan Melayu adalah punca kekalahan teruk pada BN.

Kini kata John, blog-blog Umno juga sedang mendesak agar Najib dihukum – termasuklah Zainuddin Maidin dan A Kadir Jasin, bekas ketua editor NST.

Namun begitu, kata John, Najib akan kekal sebagai presiden Umno kerana mendapat sokongan Mahathir, yang berkata tiada siapa yang layak menggantikan beliau.

“Diharap Tan Sri Muhyiddin dapat melihat semua ini sebagai muslihat untuk mengelirukan beliau sambil menyelamatkan Najib. Muhyiddin kena menang di Kuala Besut. Tapi Umno sedang disabotaj secara dalaman. Keputusan PRK Kuala Besut amat berkait rapat dengan pemilihan Umno akan datang,” kata sumber Umno lagi.

Ketika ditanya mengenai pandangan beliau mengenai PRK Kuala Besut, beliau berkata persaingan yang mula-mulanya nampak mudah bagi BN kini sudah bertukar sengit.

“Umno sememangnya menjangkakan PAS menurunkan seorang ustaz ataupun kekalkan calon Muslimat. Tapi tidak, PAS kali ini lebih bijak kerana memilih Che Long, sesuatu yang tidak dijangka Umno. Di Kuala Besut, susah nak cari orang yang tidak pernah dengar kemurahan hati Che Long dari segi membantu orang susah.

"Faktor Che Long seorang sudah menjadikan persaingan yang mudah ini menjadi sengit. Bertambah dengan kempen 16-16, penduduk Kuala Besut dan terutamanya penyokong Umno mungkin akan memberikan undi pada PAS kali ini,” tegas beliau.

Ditanya samada beliau ingin melihat 16-16 terjadi, sumber Umno dengan selamba berkata, “Teringin sangat. Ramai di Umno juga berpendapat yang sama.  Tapi di Kuala Besut, duit raya masih menjadi faktor penting menentukan hala undi. 

"Tapi yang lebih menarik, lihatlah tangan-tangan gelap Umno di PRK Kuala Besut yang sudah tersedia mencatur untuk sabotaj keputusan PRK Kuala Besut untuk menguatkan diri dan mencantas musuh masing-masing. Jangan kelip mata daripada pertembungan Ahmad Said dan Idris Jusoh,” kata sumber Umno sebelum talian terputus.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.