21 Julai 2013
Gempa bumi kuat gegar ibu kota New Zealand
WELLINGTON:
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Ritcher melanda New
Zealand hari ini, menyebabkan gegaran turut dirasai di ibu negara, namun
tiada kerosakan dilaporkan.
Gempa itu melanda pada jam 5.09 pagi kira-kira 57 kilometer di
selatan-barat daya Wellington pada kedalaman 10.1 kilometer, demikian
menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Ia disusuli satu lagi gempa berukuran 5.5 pada skala Ritcher selang seminit kemudian.
Saksi yang juga penduduk di bandar peranginan Nelson berkata, gegaran itu dapat dirasai selama 30 saat. - AFP
0 orang berkata:
Post a Comment