Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Balas dendam besemperna PRK Kuala Besut

Apakah selepas PRK ini pehak pemimpin PKR merasakan telah terubat kerana saman mereka terhadap presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang  dalam isu menjual pil kuda ? Apakah dengan mewar-warkan saman ketika PAS menghadapi PRU di Kuala Besut ini akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap calon PAS ? Semua ini kita kurang pasti akan tetapi jika dinilai pada masa dan ketika kes ini diketengahkan maka rasanya memang ia mengandungi motif kearah itu, mungkin PKR (orang yang tertentu) merasakan inilah masanya dendam akan berbalas kerana suasana kes ini diketengahkan sama seperti yang berlaku pada PRU 13 dimana Hj Hadi membuat ucapan sebelum hari pengundian berlaku - Pak Karamu

22 Julai, 2013

'PKR' Saman 'PAS'

Kurang dua hari sebelum proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, seorang pemimpin PKR mahu memfail saman terhadap Presiden PAS kerana menuduhnya mengedar pil kuda.

Mohd Shmasul Mat Amin, berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan sahaja  menuduhnya, malah beberapa lagi pemimpin PKR menjual pil kuda ketika berceramah dalam kempen pilihan raya.

"Saya menderita akibat perkara ini," kata calon PKR bagi DUN Bukit Besi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) itu pada sidang media di Kuala Besut, hari ini.

Akibat daripada ucapan Hadi itu, beliau berkata, dirinya sentiasa diaibkan dan diejek dikalangan masyarakat kampung.

"Ia menyebabkan nama baik saya, keluarga saya tercemar, termasuk kredibiliti parti saya," katanya.Pada kempen pilihan raya umum ke-13, Abdul Hadi menyatakan pertindihan kerusi antara PAS dan PKR bertujuan menggelakkan calon daripada lompat parti.

Tanpa menamakan calon, beliau juga berkata, ada calon PKR yang mengedar 'pil kuda' dan berpegang kepada ideologi komunis.“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda?

Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut," kata Abdul Hadi dipetik.PAS dan PKR bertelagah berikutan kenyataan berkenaan, malah kedua-dua parti itu bertembung di beberapa kerusi DUN, antaranya di Kota Putera, Seberang Takir, dan Bukit Besi.

Mohd Shamsul, 27, berkata beliau terpaksa menarik diri dari bertanding kerusi Bukit Besi selepas dakwaan yang dibuat Abdul Hadi walaupun namanya tidak disebut secara spesifik."Bukan hanya saya, tetapi keluarga juga terkesan," katanya. ~the malaysian insider

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.