Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA MUNGKIN ADA NIAT NAK HINA AGAMA ISLAM


Tuesday, July 16

TERBAKAR: Logo 1Malaysia gagal selamatkan blogger neh [Tengok la KENAPA...]

KJ: Hukum penulis blog seks isu sup babi
Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang terkenal dengan blog seks mereka harus diadili undang-undang walaupun sudah memohon maaf kerana menimbulkan kemarahan umat Islam dengan usikan membuka puasa dengan bak kut teh (sup babi).

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, walaupun sudah meminta maaf melalui laman perkongsian video Youtube, hukuman harus dijatuhkan supaya menjadi teladan kepada orang lain.

Katanya, jika mereka terlepas hanya kerana dengan memohon maaf dan kes itu akhirnya ditutup, ia akan menjadi tidak adil kepada pihak lain.

"Biarlah ia menjadi pengajaran kepada semua orang (supaya tidak memperolokkan agama lain)," katanya yang menyifatkan tindakan kontroversi itu sebagai serius.
Khairy (kanan) berkata, tindakan itu harus dilaksanakan bukan sahaja terhadap pihak yang menghina agama Islam, tetapi semua agama.
"Kita tidak mahu orang ramai menuduh kita mengamalkan pendakwaan terpilih apabila kita menjatuhkan hukuman," katanya dalam sidang media hari ini.
Alvin dan Vivian yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen:

"Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan."

Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, terutamanya umat Islam di negara ini atas dakwaan memperolokkan kesucian Islam dan bulan Ramadan. ~ Malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.