Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, July 19

Ramai berdoa PRK Kuala Besut jangan cepat habis [Tengok la KENAPA...]

Tarif elektrik naik selepas PRK Kuala Besut?

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasakan selepas sahaja pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut ada kemungkinan tarif elektrik akan dinaikkan.
Ini ekoran kenyataan Pengerusi Tenaga Nasional, Tan Sri Dr Leo Moggie dengan alasan kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik dan semakan semula tarif elektrik akan dibuat semula.

"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan," kata Leo Moggie dipetik laporan media.

“Persoalannya bilakah ia akan dilakukan?” tanya Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss.

Justeru, ujarnya DPPM merasa kesal di atas ‘hadiah’ yang bakal diterima oleh rakyat selepas berakhirnyaPRU13 pada 5 Mei yang lalu.

“Bagi kami, di manakah slogan ‘rakyat diutamakan’?” tanya beliau lagi. 

DPPM, ujarnya merasakan kerajaan tidak sensitif dan seolah-olah ingin ‘menghukum’ rakyat setelah PRU13 mencatatkan satu keputusan yang membimbangkan BN. 

Menurutnya, mungkin ia juga ‘hadiah’ kepada penyokong tegar BN kerana telah memberikan undi kepada mereka.

Beliau berkata, menang atau kalahnya BN pada PRK Kuala Besut tidak akan memastikan bahawa tarif elektrik tidak akan dinaikkan kelak.

“Oleh yang demikian, kami mencabar BN dalam tempoh kempen PRK Kuala Besut yang ada untuk memberikan jaminan bahawa tarif elektrik tidak akan dinaikkan.

“Dan kami juga mencabar bahawa BN akan berjanji tidak akan menaikkan tarif elektrik dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang jika benar ‘rakyat diutamakan’,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.