Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANYA MENILAI SIKAP TENTERA, TAPI BELUM TAHU LAGI !


20 July 2013

TAHUKAH ANDA BERAPA UNDI CHE LONG DAPAT DARI PENGUNDIAN AWAL?


Undi awal sudah selesai. Tentea dan Polis sudah mengundi memilih calon yang mereka suka. Tidak ada seorang pun antara kita tahu apakah pengundian awal itu telus, tiada unsur paksaan, ugutan dan rasuah. Ini kerana dari dahulu askar dan polis seolah-olah tinggal di dunia yang berlainan dari dunia kita.

Namun dari beberapa insiden terbaru jelas membuktikan bahawa askar dan Polis sering 'diganggu' dalam proses pengundian. Jarang sekali parti selain BN boleh menang atau sekurang-kurangnya memberikan tentangan sengit kepada BN. Kes Mejar Zaidi yang membuat laporan Polis tentang dakwat kekal adalah contoh terbaik betapa askar dan Polis tidak mendapat kebebasan sepenuhnya dalam pilihanraya di Malaysia.

Lebih 1000 undi telah dibuang pada pengundian awal semalam. Namun beranikah kita meramalkan calon PAS Che Long akan memperolehi undi yang banyak. Ini kerana menjadi standard di mana-mana sejak kebelakangan ini parti selain BN hanya akan dapat tidak lebih dari 10 % dari jumlah keseluruhan undi yang di buang. Ini bermakna jika dicongak kemungkinan Che Long hanya akan dapat paling tinggi 100 undi. Jadi majoriti yang BN akan dapat dari undi awal ini ialah lebih dari 850 undi. Sebelum pengundian pada 24 Julai ini Che Long sudah ketinggalan 850 undi.

Namun begitu kita jangan lemah dan bersedih. Berdoalah agar Allah membuka pintu pengundi biasa di Kuala Besut agar mengundi Che Long, seorang insan istimewa yang tawadhuk, pemurah, mudah didekati, sene kkkiro, mudah bbbaso.

BN walaupun sudah mempunyai fix deposit masih kelihatan cuak dengan ketokohan dan personaliti Che Long. Sebab itu mereka sedikit sebanyak menyerang peribadi Che Long.

Kita tunggu dan lihat apa keputusan yang kita akan perolehi. Lebih kurang pukul 7.45 malam kita akan tahu keputusan tidak rasmi dan ianya tidak jauh bezanya dengan keputusan rasmi. Atau mungkin lewat sedikit keraan agen mengira dan petugas SPR mungkin rehat sebentar untuk berbuka puasa dan bersolat Maghrib.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.